Harley-Davidson Pan America Lancar Februari 2021

Harley-Davidson bakal memperkenalkan Pan America 2021 menerusi pelancaran global pada 22 Februari depan dengan beberapa model lain.

Ini merupakan info rasmi sulung mengenai Pan Ameria sejak model itu diperkenalkan secara konsep tiga tahun lalu.

Difahamkan, Harley-Davidson bakal membuat previu rasmi pada 19 Januari sebagai tontonan Pan America dalam bentuk ‘production ready’ sebelum dilancarkan secara rasmi sebulan kemudian.

Pan America merupakan jentera jenis ‘adventure’ sulung Harley-Davidson dalam usaha meluaskan demografik pembeli yang sebelum ini tertumpu pada motosikal jenis cruiser.

Harley-Davidson Pan America menawarkan enjin v-twin 1,250cc yang sama terdapat pada model Custom 1250 namun masih belum didedahkan kuasa yang dihasilkan.

Adakah model ini akan turut dipasarkan di Malaysia oleh pihak Didi Resources selaku pengedar rasmi jenama Harley-Davidson di Malaysia?

Jika ya, pastinya Pan America akan merancakan segmen motosikal ADV di sini.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]