Imej Sulung Harley-Davidson 338R Didedahkan!

Selepas sekian lama akhirnya imej sulung motosikal Harley-Davidson mampu milik hasil kerjasama dengan Qianjiang Motorcycles -pemilik jenama Benelli- didedahkan di laman sosial di China.

Sebelum ini hanya imej ‘render’ dengan nama kod HD350 diguna pakai namun dengan imej sebenar yang dikongsi jelas terpampang nama model 338R.

Ini julung kalinya model ini dilihat dalam keadaan sebenar meskipun tidak sepenuhnya namun sekurang-kurangnya menjawab persoalan bahawa jenama motosikal berpangkalan di Milwaukee itu serius dalam menawarkan model ini.

Jentera ini mengguna pakai platform Benelli 302S seperti kerangka utama, rim, sistem penyerap hentakan dan brek.

Bagaimanapun, jentera ini dijangka memaparkan lencana dan rekaan lampu depan berbeza bagi membawa imej Harley-Davidson.

Pada masa sama, gambar ini turut mengesahkan Harley bercadang meneruskan projek 338R meskipun syarikat itu kini dalam proses rombakan.

Harley-Davidson 338R dijangka akan dipasarkan di benua Asia namun tak dapat dipastikan sama ada model ini akan diperkenalkan di pasaran Malaysia.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]