Reviu Ducati Multistrada 950S: Baka Itali Paling Praktikal

Baru-baru ini kami berpeluang menguji tawaran baharu daripada Ducati, Multistrada 950S 2019. Meskipun untuk masa singkat – sejujurnya hanya 96 jam – namun dalam tempoh itu kami sempat menguji senario panjat bukit (Genting lah mana lagi) dan tunggangan jarak jauh, dari Kuala Lumpur ke Bagan Lalang. Umum mengetahui (terutamanya di Malaysia) buat apa beli Multistrada…

Ducati Multistrada V4S Jalani Ujian ‘Off-Road’, Hampiri Peringkat Pengeluaran

Beberapa bulan lalu, beberapa imej memaparkan sebuah Ducati Multistrada sedang giat menjalani ujian jalan raya. Kemudian, Ducati sendiri mengesahkan mereka bakal perkenalkan Multistrada dengan enjin V4 namun tanpa mendedahkan tarikh rasmi pelancaran model tersebut. Kini, jentera itu diintip menjalani ujian ‘off-road’ dan jentera itu kini jelas kelihatan meskipun dengan litupan ‘camo’. Bagaimanapun, melihat kepada rupa…

Ducati Panigale V2 Akhirnya Mendarat Di Kuala Lumpur – RM109,900!

Selepas beberapa bulan penantian, akhirnya Ducati Malaysia melancarkan Panigale V2 dan V4 2020, hari ini. Kami berpeluang melihat Panigale V2 dengan lebih dekat apabila dijemput menghadiri Ducati World Premier (DWP) 2020 di Rimini, Itali, Oktober tahun lalu. Selang 10 bulan kemudian, Ducati Malaysia akhirnya membawa Panigale V2 bersama-sama V4 2020 untuk pasaran tempatan. Ducati Panigale…

MotoGP: Dovizioso Tinggalkan Ducati Hujung Musim Ini

Selepas berbulan Ducati MotoGP dan Andrea Dovizioso gagal mencapai persetujuan mengenai kontrak lanjutan, akhirnya disahkan pelumba itu membuat keputusan untuk tukar angin. Perkara itu disahkan sendiri pengurus Dovizioso, Simone Battistella yang membuat pendedahan kepada Sky Italia. “Kami telah berbincang dengan Ducati dan Andrea menjelaskan keputusannya untuk tidak meneruskan kariernya bersama pasukan itu selepas ini. “Kami…

Ducati Streetfighter V4, Panigale V2 Mendarat Di Malaysia Dalam Masa Terdekat?

Sejak menghadiri pelancaran Ducati Streetfighter V4 dan Panigale V2 di Rimini, Itali, Oktober tahun lalu, kami ternanti-nanti bilakah model ini akan dibawa ke Kuala Lumpur. Persoalan itu semakin membuak-membuak tatkala masih tiada pengesahan daripada pihak Ducati Malaysia mengenai kedua-dua model ini. Kini, timbul maklumat baharu yang seakan memberi bayangan Streetfighter V4 dan Panigale V2 akan…

Kembali Ke Ducati Hanya Angan-Angan Lorenzo – Ciabatti

Pengarah Sukan Ducati, Paolo Ciabatti, menafikan dakwaan Jorge Lorenzo yang sebelum ini mendedahkan sedang dalam perbincangan bersama pasukan itu. Pada awalnya, timbul khabar angin mengatakan Ducati kononnya berminat untuk mendapatkan semula khidmat Lorenzo. Lorenzo kemudiannya ‘mendedahkan’ bahawa pihaknya sedang dalam perbincangan dengan Ducati beberapa minggu lalu. Bagaimanapun, Ciabatti seakan menutup desas-desus itu dengan mengesahkan bahawa…

WordSBK: Redding Mahu Kembali Ke MotoGP Jika Berjaya Tumbangkan Rea

Scott Redding mendedahkan niatnya untuk kembali ke MotoGP namun mahu melakukannya selepas berjaya merangkul kejuaraan WorldSBK. Bagaimanapun, untuk melakukannya, dia perlu mengetepikan saingan lima kali juara dunia, Jonathan Rea dari Kawasaki. Redding seakan bangkit semula selepas meninggalkan projek MotoGP Aprilia pada penghujung 2018. Dia muncul juara British Superbike Championship dalam percubaan pertamanya pada 2019 sebelum…

MotoGP: Ducati Pancing Lorenzo Jika Dovizioso Enggan Kekal

Khabar angin mengaitkan Jorge Lorenzo bakal kembali ke Ducati bertiup kencang sejak beberapa minggu ini. Kini, pelumba yang bersara musim lalu itu sebelum sertai Yamaha sebagai pelumba uji bagi musim 2020 mengesahkan perbincangan bersama Ducati sedang berjalan yang bakal menyaksikannya kembali ke grid bagi 2021. Senario itu berlaku sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya pelumba tonggak, Andrea…

Bosan Dengan Warna Merah, Ducati Perkenalkan Panigale V2 White Rosso

Ducati memperkenalkan Panigale V2 dengan pilihan warna putih ‘White Rosso’. Panigale V2 merupakan varian lebih ‘mampu milik’ berbanding model V4 dan merupakan motosikal segmen sportsbike pertengahan menggantikan model sebelumnya Panigale 959. Kini Ducati menawarkan pilihan warna baharu bagi Panigale V2 dalam bentuk ‘White Rosso’ yang menggabungkan elemen warna White Silk dengan Ducati Red. Meskipun warna…