Ini (Mungkin) 12 Motosikal Yang Bakal Masuk Malaysia 2021!

Tahun 2020 semakin hampir untuk melabuhkan tirai namun itu tidak menjadi penghalang buat pengeluar motosikal dunia berkejar-kejar dalam memperkenalkan model baharu. Senario itu selain daripada berpunca dari pelaksanaan Euro 5 di Eropah, tahun 2021 dijangka bakal berlakunya permintaan tinggi terhadap jentera dua roda susulan pandemik Covid-19 ketika ini seperti yang dilaporkan Frost & Sullivan. Malaysia…

Ducati X Lamborghini Lahirkan Zuriat Diavel 1260 Edisi Terhad – Hanya 630 Unit!

Episod empat web series Ducati World Premier 2021 menyaksikan kilang Borgo Panigale itu memperkenalkan Diavel 1260 edisi Lamborghini. Ducati Diavel 1260 Lamborghini diinspirasikan daripada Lamborghini Sian FKP 37 dengan masing-masing menawarkan pilihan warna dan elemen gentian karbon sama termasuk rekaan rim. FKP 37 merupakan model hibrid sulung Lamborghini yang dinamakan sempena Ferdinand Karl Piech (bekas…

DWP2021: Ducati Panigale V4 SP 2021 Didedahkan – Dengan Rim Karbon, Brembo Stylema R!

Selain daripada memperkenalkan SuperSport 950 dan 950 S, Ducati turut memperkembangkan portfolio Panigale untuk tahun 2021. Ducati Panigale V4 SP 2021 merupakan model yang mendapat suntikan inspirasi daripada Superleggera V4. Ducati Panigale V4 SP merupakan versi Panigale yang memfokuskan prestasi di litar lumba dengan beberapa penambah baikan terbaru termasuk pilihan warna yang diinspirasikan daripada Winter…

DWP2021: Ducati Perkenalkan SuperSport 950!

Episod 3 Web Series Ducati World Premier 2021 menyaksikan pengeluar motosikal Itali itu memperkenalkan SuperSport 950 dan 950 S. Ducati SuperSport 950 mendapat kemas kini terbaru bagi tahun 2021 membabitkan reka bentuk diinspirasikan daripada Panigale dan beberapa ciri elektronik terkini. Dalam usaha meneruskan kesinambungan rekaan yang terdapat pada Panigale, Ducati turut membawa rekaan lampu depan…

Ducati Perkenalkan Empat Model Scrambler 2021!

Ducati bakal membuka tirai 2021 dengan empat lagi model dibawah payung Scrambler. Berdasarkan pelancaran menerusi Ducati World Premier 2020 secara web-series, empat model baharu Scrambler telah diperkenalkan; Ducati Scrambler Nightshift, Desert Sled Sparkling Blue, Icon Ducati Red dan 1100 Dark PRO. Bagaimanapun, Scrambler Nightshift paling mencuri tumpuan tatkala pereka di Borgo Panigale seakan mengambil resepi…

XDiavel Dark Dan Black Star Tawaran Baharu Ducati Bagi 2021 – 160HP, 127Nm!

Ducati telah memperkembangkan portfolio XDiavel menerusi XDiavel Dark Dan Black Star. Menariknya, enjin Euro 5 ini kini menghasilkan 8 hp lebih tinggi berbanding model sebelumnya. Antara langkah yang dilaksanakan Ducati bagi mencapai standard Euro 5 adalah dengan menggantikan ‘silencer’ ekzos dengan rekaan baharu yang didatangkan dari Diavel 1260. Enjin Testastretta DVT yang telah direka semula…

Harga Ducati Multistrada V4 Didedahkan Di AS – Dari RM82,700!

Ducati telah mencuri tumpuan minggu ini apabila melancarkan Multistrada V4 2021 namun tiada sebarang info mengenai harga didedahkan. Sehinggalah, Ducati Amerika Utara telah mendedahkan harga bagi tiga varian ditawarkan; V4, V4 S dan V4 S Sport untuk pasaran Amerika Syarikat dan Kanada. Menurut info, bagi varian V4, model ini ditawarkan pada harga USD19,995 (RM82,787) namun…

Ducati Perkenalkan Multistrada V4, V4 S dan V4 S Sport – 170HP, 125Nm!

Ducati dengan rasminya melancarkan Multistrada V4 2021 di Ducati World Premier 2021 yang berlangsung secara webseries, hari ini. Secara amnya, rupa Multistrada V4 ini masih lagi mengekalkan elemen rekaan sama seperti terdapat pada Multistrada 1260 dan 950 namun dengan beberapa ciri aerodinamik berbeza di bahagian depand dan fairing. Tiga varian ditawarkan, V4 lengkap dengan warna…

Ducati Catat Penjualan Q3 Terbaik – 14,694 Unit Terjual Seluruh Dunia!

Meskipun tahun 2020 merupakan detik sukar bagi semua pihak susulan wabak Covid-19, Ducati masih mampu merekodkan penjualan Suku Ke-3 (Q3) terbaik pernah dilakukan. Penjualan Q3 membabitkan bulan Jun hingga September menyaksikan lebih 14,694 unit terjual dengan bulan September mencatat penjualan tertinggi, 4,468 unit! China, Switzerland dan Jerman turut merekodkan penjualan lebih tinggi tahun ini berbanding…