DWP2021: Ducati Perkenalkan SuperSport 950!

Advertisements

Episod 3 Web Series Ducati World Premier 2021 menyaksikan pengeluar motosikal Itali itu memperkenalkan SuperSport 950 dan 950 S.

Ducati SuperSport 950 mendapat kemas kini terbaru bagi tahun 2021 membabitkan reka bentuk diinspirasikan daripada Panigale dan beberapa ciri elektronik terkini.

Dalam usaha meneruskan kesinambungan rekaan yang terdapat pada Panigale, Ducati turut membawa rekaan lampu depan ikonik kepada SuperSport 950 yang turut sama menampilkan lampu LED dengan ‘kening’ DRL (daytime running light) dengan pertambahan sirip bagi meningkatkan rupa agresif.

Kemas kini untuk 2021 menyaksikan enjin Testastretta 937cc dengan silinder berkembar kini mematuhi piawaian Euro 5 dan masih lagi menghasilkan 110hp pada 9,000rpm dan 93Nm pada 6,500rpm seperti model sebelumnya.

Antara penambah baikan baharu, SuperSport 950 2021 kini menawarkan tiga mod tunggangan; Sport, Touring dan Urban di samping quickshifter.

Pengalaman menunggang turut dipertingkat dengan IMU Bosch 6-axis yang berfungsi dengan memantau ‘lean angle’ sekaligus menyuntik keyakinan penunggang sewaktu di selekoh.

Ducati turut memperkenalkan paparan TFT 4.3 inci bagi tahun 2021.

Pada masa sama, Ducati turut menawarkan SuperSport 950S yang lengkap dengan sistem ‘suspension’ elektronik dari Ohlins.