Ducati X Lamborghini Lahirkan Zuriat Diavel 1260 Edisi Terhad – Hanya 630 Unit!

Episod empat web series Ducati World Premier 2021 menyaksikan kilang Borgo Panigale itu memperkenalkan Diavel 1260 edisi Lamborghini.

Ducati Diavel 1260 Lamborghini diinspirasikan daripada Lamborghini Sian FKP 37 dengan masing-masing menawarkan pilihan warna dan elemen gentian karbon sama termasuk rekaan rim.

FKP 37 merupakan model hibrid sulung Lamborghini yang dinamakan sempena Ferdinand Karl Piech (bekas pengerusi VW Group) yang lahir pada 1937 dan menghembuskan nafas terakhir pada 2019.

Antara ciri Sian FKP 37 yang dipaparkan pada Diavel 1260 ini adalah angka 63 yang ditayangkan di bahagian sisi penutup radiator.

Angka tersebut turut dicerminkan menerusi 630 unit sahaja dihasilkan bagi Diavel 1260 Lamborghini ini.

Elemen lain yang turut diterapkan kepada Diavel adalah rim forged yang memaparkan rekaan sama terdapat pada Sian FKP 37 manakala rekaan muncung ekzos diilhamkan dari lampu belakang kereta tersebut.

Ducati turut menerapkan penggunaan genian karbon di setiap bahagian termasuk penututp radiator, air intakes, cover ekzos, cover tangki minyak, fender serta kerangka lampu depan.

Penggunaan bahan ringan ini menyaksikan Diavel 1260 Lamborghini kini seberat 245 kilogram, 1.8 kilogram lebih ringan berbanding Diavel 1260.

Menariknya, skrin TFT juga akan memaparkan lencana Lamborghini sewaktu dihidupkan di samping logo jenama itu turut terpampang di bahagian tangki.

Bagaimanapun, versi edisi terhad ini masih lagi menawarkan enjin 1,262cc Testastretta DVT (Euro 5) yang sama ditawarkan pada Diavel 1260 dan Diavel 1260 S.

Hasilnya unit ini menghasilkan 162hp pada 9,500rpm dan 128Nm pada 7,500rpm.

Sementara IMU Bosch 6-axis menawarkan pakej elektronik berikut:

  • cornering ABS EVO
  • Ducati Traction Control EVO
  • Ducati Wheelie Control EVO
  • Ducati Power Launch EVO
  • Cruise control

Sistem ‘suspension’ hadir menerusi fork inverted 48mm boleh laras dan monoshock Ohlins di samping Brembo M50 empat piston menawarkan cengkaman brek yang efisien.

Pada masa sama, setiap pembelian Ducati Diavel 1260 Lamborghini ini akan didatangkan dengan helmet jenis jet (open-face).

Diavel 1260 Lamborghini ini ditawarkan pada harga USD31,995 (RM130,635).

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.