XDiavel Dark Dan Black Star Tawaran Baharu Ducati Bagi 2021 – 160HP, 127Nm!

Ducati telah memperkembangkan portfolio XDiavel menerusi XDiavel Dark Dan Black Star.

*Ducati XDiavel Black Star dan XDiavel Dark 2021

Menariknya, enjin Euro 5 ini kini menghasilkan 8 hp lebih tinggi berbanding model sebelumnya.

Antara langkah yang dilaksanakan Ducati bagi mencapai standard Euro 5 adalah dengan menggantikan ‘silencer’ ekzos dengan rekaan baharu yang didatangkan dari Diavel 1260.

Enjin Testastretta DVT yang telah direka semula ini menghasilkan 160hp pada 9,500rpm dan 127Nm pada 5,000rpm berbanding 152hp dan 125Nm sebelum ini.

Ducati XDiavel Dark mengenakan penggunaan warna hitam matte dengan enjin dan kerangka serba hitam dan 1.8 kilogram lebih ringan berbanding model S.

Di samping itu, varian Dark ini juga dilengkapi dengan kaliper Brembo M4.32 berbanding M50 yang terdapat pada model S.

Sementara itu, XDiavel Black Star menawarkan pilihan warna yang lebih menonjol dengan gabungan warna kelabu, hitam matte dengan kemasan warna merah yang terpampang di tangki dan di pelindung cylinder head.

Black Star ini juga didatangkan dengan fabrik jenis suede, forged rim aloi dan Brembo M50.

Kedua-dua varian ini didatangkan dengan Bosch Inertial Measurement Unit (IMU), Boshc Brembo ABS 9.1 MP, traction control, launch control, cruise control, lampu LED dan skrin TFT 3.5 inci.

Bagaimanapun, hanya varian Black Star dilengkapi dengan sistem infotainmen Ducati Multimedia system yang boleh dihubungkan menerusi Bluetooth.