MotoGP: Ducati Pancing Lorenzo Jika Dovizioso Enggan Kekal

Khabar angin mengaitkan Jorge Lorenzo bakal kembali ke Ducati bertiup kencang sejak beberapa minggu ini.

Kini, pelumba yang bersara musim lalu itu sebelum sertai Yamaha sebagai pelumba uji bagi musim 2020 mengesahkan perbincangan bersama Ducati sedang berjalan yang bakal menyaksikannya kembali ke grid bagi 2021.

Senario itu berlaku sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya pelumba tonggak, Andrea Dovizioso, enggan terus kekal bersama pasukan pengeluar Itali itu.

Ducati dan Dovizioso masih gagal mencapai persetujuan setelah lebih sebulan perbincangan sementara tempat Danilo Petrucci – yang berhijrah ke Redbull KTM Tech 3 – akan diisi Jack Miller musim depan.

Bagaimanapun, Dovizioso mungkin menganggap langkah terbaru pasukannya mungkin hanya taktik untuk memujuk pelumba itu menandatangani kontrak lanjutan baharu.

Sementara itu, Lorenzo membuat pendedahan tersebut di laman Instagram miliknya.

Pelumba berusia 33 tahun itu berhijrah ke Ducati pada musim 2017 setelah merekodkan tiga kejuaraan dunia bersama Yamaha namun bergelut dengan pasukan Borgo Panigale itu sebelum membuat keputusan berpindah pada pertengahan musim 2018.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]