Motosikal Honda CRF1000L Africa Twin mengimbau kembali kenangan pada model Africa Twin tahun 90-an. Ianya merupakan tawaran Honda dalam pasaran motosikal dwi-sukan berkapasiti tinggi. Motosikal ini besar dan tinggi, dan ianya lebih cenderung untuk penunggangan ‘off-road’.
Tag: Boon Siew Honda
Boon Siew Honda ingin menjadi jenama paling laris di Malaysia bagi tahun 2019. BSH telah menjual hampir 156,000 buah motosikal pada tahun 2018. Dengan itu, mereka telah memegang 30% saham pasaran.
Boon Siew Honda (BSH) telah melancarkan tiga model baharu bagi permulaan tahun 2019. Model-model tawaran terkini dari BSH adalah Honda Super Cub 125, Honda CBR1000RR Fireblade SP dan Honda CB1100 RS. Pelancaran motor baharu diadakan sempena pengumuman strategi utama BSH dalam menjadi jenama peneraju dalam industri motosika di dalam negara. Honda Super Cub 125 –…
Boon Siew Honda telah tampil dengan warna baharu bagi model Honda Wave Alpha 2019 dan juga Honda BeAT 2019. Motosikal Honda Wave Alpha adalah peneraju semasa bagi segmen motosikal kapchai berkapasiti kecil. Model BeAT 2019 merupakan generasi ketiga skuter automatik BeAT.
Boon Siew Honda (BSH) baru sahaja mengumumkan pilhan warna baharu bagi dua model Big Bikes tawaran mereka untuk pasaran Malaysia iaitu Honda Rebel 500 dan juga Honda X-ADV. Menuju ke tahun 2019, Honda Rebel kini ditawarkan dengan dua warna baharu manakala terdapat satu lagu pilihan baharu untuk model Honda X-ADV.
Boon Siew Honda telah melancarkan model Honda PCX Hybrid 2019, Honda Forza 300 2019, dan Honda CBR1000RR Fireblade 2019. Pelancaran ini diadakan di Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS) 2018. Motosikal-motosikal ini adalah sebahagian daripada janji BSH untuk memperkenalkan 12 model baharu pada tahun 2018.
Boon Siew Honda (BSH) telah memperkenalkan motosikal Honda Wave 125i serba baharu. Motosikal kapchai 125cc yang versatil dan tahan lasak ini kini dilengkapi dengan reka bentuk yang segar dan moden. BSH telah menetapkan harga bagi motosikal Honda Wave 125i baharu ini bermula dari RM5,999 hingga RM6,299 (harga asas tidak termasuk cukai jalan dan insurans).
Boon Siew Honda (BSH) telah memperkenalkan pilihan warna serba baharu buat model Honda Africa Twin 2018 mereka. Warna Matt Ballistic Black Metallic yang baharu memperagakan daya tarikan yang lebih anggun dan menawan sesuai bagi penunggangan dalam bandar. Pilihan warna baharu ini hanya disediakan bagi model standard yang datang dalam sama ada transmisi Manual atau DCT,…
Model Honda Monkey yang ikonik akan membuat kemunculan semula dan ianya akan berada di Malaysia Motosikal Monkey yang baharu mungkin tampak retro namun ianya sebuah motosikal moden. Boon Siew Honda menawarkan motosikal ini dalam tiga pilihan warna yang menyeronokkan.