Juara bertahan ASB1000, Azlan Shah Kamaruzaman, telah menunggu dua tahun untuk memulakan kempen mempertahankan gelarannya. Kini, dengan pembukaan musim Kejohanan FIM Asia Road Racing 2022 yang akan bermula di Litar Antarabangsa Chang di Buriram, Thailand pada penghujung bulan, Azlan akhirnya boleh menyarungkan pakaian perlumbaannya dan kembali ke trek semula. “Boleh dikatakan saya secara tidak rasmi…
Tag: ASB1000
Bekas pelumba Moto2, Moto3 dan Kejuaraan Eropah CEV negara, Adam Norrodin, akan beraksi di Asia Road Racing Championship (ARRC) 2022 bersama-sama TKKR Racing Team. Adam akan mewakili pasukan OneXOX BMW TKKR Racing Team dalam kategori Asian Superbike 1000 (ASB1000) bersama-sama rakan sepasukan dan juara bertahan, Azlan Shah Kamaruzaman. Pengumuman tersebut dibuat Prinsipal Pasukan TKKR Racing…
Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) telah pun tertangguh selama dua musim setakat ini ekoran pandemik Covid-19. Kejuaraan motosikal itu hampir pasti kembali bagi musim 2022 namun kemuncul varian Omicron sedikit sebanyak menggugat perlumbaan itu sekali lagi. Pelumba negara, Zaqhwan Zaidi, yang beraksi dalam kateogri ASB1000 turut meluahkan kebimbangan terhadap varian baharu itu. “Kalau diikutkan, perancangan jadual…
Pasukan ONEXOX TKKR SAG Team hari ini mengumumkan barisan pelumba rasmi bagi saingan Moto2, ARRC, Cub Prix dan Malaysia Superbike Championship bagi musim 2020. Menerusi perkongsian di Facebook pasukan itu, Kasma Daniel Kasmyuddin akan membuat penampilan sulung di Moto2 musim ini. Dia disahkan menjadi pelumba baharu pasukan itu pada 20 November lalu – menggantikan Tetsuta…
ONEXOX TKKR SAG Team mengumumkan penyertaan Markus Reiterberger yang akan beraksi di ASB1000 Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) musim depan. Pelumba berusia 25 tahun itu bakal bergandingan dengan Azlan Shah Kamaruzaman dengan kedua-duanya bakal beraksi dengan jentera baharu, BMW S 1000 RR 2019. Meskipun 10 tahun lebih muda berbanding Azlan Shah namun dia dianggap selaku…
Baru-baru ini, pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman membuat luahan kurang mendapat perhatian media tempatan selepas muncul juara sulung kategori ASB1000 Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2019. Bagaimanapun, menurut perkongsian ONEXOX TKKR SAG Team di Facebook, pelumba berusia 35 tahun itu telah berangkat ke Jerman bagi menerima pengikitirafan daripada BMW Motorrad atas kejayaannya di ARRC. Azlan Shah…
Baru-baru ini, pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman, melakar sejarah sebagai juara sulung kategori ASB1000 Asia Road Racing Championship (ARRC) 2019 di Buriram, Thailand. Kategori Superbike julung kali dipertandingkan di ARRC tahun ini dan menyaksikan Azlan Shah muncul juara bersama pasukan ONEXOX TKRR SAG menggunakan jentera BMW S 1000 RR. Perlumbaan di Buriram ternyata menghadirkan cabaran…
Pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman daripada pasukan ONEXOX TKKR SAG berjaya mengungguli pusingan pertama Kejohanan Motosikal Asia (ARRC) di Litar Antarabangsa Sepang selepas menjuarai kategori ASB1000 hari ini. Ini adalah kali pertama kategori ASB1000 dipertandingkan dalam saingan ARRC. Meskipun berdepan saingan sengit daripada pelumba Thailand, Thitipong Warakorn (Kawasaki Thailand Racing Team) namun ketenangan ditonjolkan Azlan…
Juara bertahan MSBK, Azlan Shah Kamaruzaman akan menyertai Asia Superbike 1000 (ASB1000) pada tahun 2019. Dia akan menyertai pasukan ONEXOX TKKR Racing Team. ASB1000 adalah kelas premier dalam siri kejohanan FIM Asia Road Racing Championship.