Azlan Shah Diiktiraf BMW Motorrad, ONEXOX Terima 4 BMW S 1000 RR 2019!

Advertisements
Sumber: ONEXOX TKKR SAG Team @ Facebook

Baru-baru ini, pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman membuat luahan kurang mendapat perhatian media tempatan selepas muncul juara sulung kategori ASB1000 Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2019.

Bagaimanapun, menurut perkongsian ONEXOX TKKR SAG Team di Facebook, pelumba berusia 35 tahun itu telah berangkat ke Jerman bagi menerima pengikitirafan daripada BMW Motorrad atas kejayaannya di ARRC.

Azlan Shah muncul juara pertama bagi kategori ASB1000 yang julung kalinya dipertandingkan tahun ini di ARRC dengan menunggang BMW S 1000 RR.

Sumber: ONEXOX TKKR SAG Team @ Facebook

Menariknya kejayaan Azlan Shah bersama pasukan ONEXOX TKKR SAG Team turut mendapat perhatian BMW Motorrad.

Sumber: ONEXOX TKKR SAG Team @ Facebook

Malah, bagi ASB1000 ARRC musim 2020, ONEXOX TKKR SAG Team bakal mendapat suntikan empat buah jentera BMW S 1000 RR 2019 termasuk alat ganti yang mencecah EUR25,000 (RM115,649) daripada BMW Motorrad.

Kejayaan ONEXOX TKKR SAG Team di pentas ASB1000 ARRC menandakan penyertaan mereka bukan sekadar mencukupkan kuorum tetapi untuk menoktahkan kedudukan selaku pasukan berwibawa.

2 Replies to “Azlan Shah Diiktiraf BMW Motorrad, ONEXOX Terima 4 BMW S 1000 RR 2019!”

  1. harap azlan shah memperbanyakkan bersabar….#sy rasa lebih baik azlan shah cari aje kerja lain daripada azlan shah kecewa …# skrng ni kena pakai kroni atau kabel cepatlah popular…#jgn haraplah tunggu orng naq sponser #

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.