ONEXOX TKKR SAG Team Sedia Hadapi Musim 2020

Pasukan ONEXOX TKKR SAG Team hari ini mengumumkan barisan pelumba rasmi bagi saingan Moto2, ARRC, Cub Prix dan Malaysia Superbike Championship bagi musim 2020.

Menerusi perkongsian di Facebook pasukan itu, Kasma Daniel Kasmyuddin akan membuat penampilan sulung di Moto2 musim ini.

Dia disahkan menjadi pelumba baharu pasukan itu pada 20 November lalu – menggantikan Tetsuta Nagashima – dan akan digandingkan bersama Remy Gardner.

Pelumba berusia 19 tahun itu akan menggunakan segala pengalaman beraksi di FIM CEV Repsol Moto2 dan Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) untuk melakar nama di Moto2 musim ini.

Sumber: ONEXOX TKKR SAG Team

Sementara itu, Azlan Shah Kamaruzman dijangka akan turun dengan sasaran mempertahankan kejuaraan ASB1000 ARRC yang dimenanginya musim lalu.

Dia akan bergandingan dengan rakan sepasukan baharu, Markus Reiterberger, menggunakan jentera BMW S 1000 RR 2019.

Pada masa sama, kategori Supersport 600 menyaksikan ONEXOX menamakan Ramdan Rosli dan Nazirul Izzat manakala Muzakkir Mohamed, Rey Ratukore dan Syafieq Aiman akan beraksi di AP250.

Ahmad Fazli Sham, Wahyu Ali, Faiz Zekri dan Hafiza Rofa melengkapkan pasukan bagi kateogri UB150.

Ramdan dan Azlan Shah akan turut bergandingan bagi aksi Malaysia Superbike Championship bagi kategori 1000cc.

Bagaimanapun, tumpuan pastinya diberikan terhadap Azlan Shah dalam kemampuannya mempertahankan kejuaraan ASB1000 di samping musim sulung Kasma Danile di Moto2.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.