Tunggang Uji Yamaha XMAX 250 Model 2018
Artikel oleh: Wahid Ooi Abdullah Yamaha XMAX 250 secara rasminya merupakan skuter terbesar yang dijual oleh Hong Leong Yamaha. Ia lebih kepada sebuah skuter GT berbanding NMAX dan NVX. Harga asas baharu skuter Yamaha XMAX 250 2018 ini ialah RM21,225.00 dengan 0% GST.