PREVIU: Yamaha Tracer 9 Dan Tracer 9 GT Baharu – Harga Umum 21 November Ini

Selain melancarkan Yamaha T-Max 560 dan MT-09 serba baharu, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) turut mendedahkan Tracer 9 dan Tracer 9 GT 2021. Kedua-dua model ini turut dinamakan semula dari Tracer 900 dan Tracer 900 GT sebelum ini. Tracer 9 dan Tracer 9 GT ini turut menawarkan sesaran enjin yang lebih besar, 890cc bagi tahun…

Yamaha Umum Harga YZF-R7 Di Eropah – RM46 Ribu

Setelah melancarkan YZF-R7 untuk pasaran global, Yamaha akhirnya mengumumkan harga motosikal baharu tersebut di Eropah. Menurut laporan media antarabangsa, Yamaha R7 ditawarkan pada harga GBP8,200 (RM46 ribu) sementara edisi Ulangtahun Ke-60 diletakkan pada GBP8,500 (RM48 ribu). Ini sekaligus meletakkan R7 seangkatan dengan Honda CBR650R namun lebih murah berbanding Aprilia RS660. R7 merupakan motosikal segmen sportsbike…

Yamaha R2 Dan R9 Dalam Pembikinan

Beberapa minggu selepas melancarkan YZF-R7, Yamaha telah pun memfailkan tanda dagangan R1 hingga R9 termasuk R15, R250 dan R25 di Jepun. Bagaimanapun, dalam perkembangan terbaru, Yamaha telah pun memfailkan dokumen dengan nama R2, R7 dan R9 dengan Kesatuan Eropah, Australia, New Zealand, Great Britain, Switzerland serta Uruguay sekaligus mengesahkan beberapa model R baharu akan diperkenalkan….

Yamaha Failkan ‘Trademark’ YZF-R9, R5 dan R20 Di Jepun

Yamaha Motor Co Ltd, dilaporkan telah memfailkan beberapa tanda dagangan (trademark) baharu di Jepun membabitkan barisan model YZF. Menurut laporan, Yamaha telah memfailkan nama YZF-R1, R2, R3, R4, R5, R6, R7, R8, R9, R15, R20 dan R25. Bagimanapun, di antara kesemua nama yang difailkan, paling mencuri tumpuan adalah R9 dan R5 dan R20. Ini kerana,…

Ini Rekaan Baharu Yamaha MT-10 2021?

Pelaksanaan Euro 5 menyaksikan Yamaha memperkenalkan MT-07 dan MT-09 serba baharu bagi 2021. Namun, pengeluar motosikal Jepun itu masih kunci mulut mengenai model yang berkongsi platform YZF-R1, MT-10. Yamaha MT-10 masih belum menjalani perubahan rekaan sejak 2016 dengan hanya beberapa kemas kini dilaksanakan selepas itu. Bagaimanapun, menyaksikan reka bentuk MT-07 dan MT-09 dirombak secara keseluruhan…

Harga Rasmi Yamaha MT-15 Diumumkan – RM11,988!

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah mengumumkan harga rasmi bagi MT-15. Orang ramai kini boleh mendapatkan Yamaha MT-15 dengan harga RM11,988 sebelum cukai jalan dan insurans dan memilih antara warna Ice Fluo atau Yamaha Blue. Yamaha MT-15 membuat penampilan sulung di Malaysia September lalu sewaktu pelancaran MT-25. Menariknya, MT-15 meneruskan DNA ‘Monster of Torque’ yang…

Yamaha Hentikan Pengeluaran YZF-R6

November menjadi bulan sibuk buat Yamaha yang memperkenalkan barisan model baharu bagi tahun 2021. Setakat ini Yamaha telah pun melancarkan MT-07, MT-09, Tracer 9, Tracer 9 GT, Tracer 7 GT untuk tahun 2021 dengan rata-rata menerima kemas kini enjin Euro 5. Bagaimanapun, pengeluar motosikal Jepun itu turut memaklumkan akan menghentikan pengeluaran motosikal supersport popular, YZF-R6….

Yamaha Tracer 9 Dan Tracer 9 GT 2021 Dilancarkan – 890cc, 117HP!

Yamaha dengan rasminya melancarkan Tracer 9 dan Tracer 9 GT 2021. Kedua-dua model ini turut dinamakan semula dari Tracer 900 dan Tracer 900 GT sebelum ini. Tracer 9 dan Tracer 9 GT ini turut menawarkan sesaran enjin yang lebih besar, 890cc bagi tahun 2021 sekaligus menyaksikan peningkatan kuasa sehingga 4hp. Model 2021 ini kini menawarkan…

Yamaha Sah Bangunkan Jentera Tiga Silinder Turbo – 847cc, 180hp!

Yamaha dedah sedang giat membangunkan enjin turbo tiga silinder berdasarkan paten yang difailkan ke Pejabat Paten Jepun. Difahamkan, pembangunan enjin turbo silinder ini mengguna pakai enjin 847cc yang terdapat pada MT-09 namun dengan sedikit perbezaan antaranya stroke yang lebih panjang (73mm) dan bore yang lebih kecil (67.5mm). Fokus utama pembangunan enjin ini adalah bagi menghasilkan…