Harga Rasmi Yamaha MT-15 Diumumkan – RM11,988!

Advertisements

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah mengumumkan harga rasmi bagi MT-15.

*Yamaha MT-15 dan MT-25

Orang ramai kini boleh mendapatkan Yamaha MT-15 dengan harga RM11,988 sebelum cukai jalan dan insurans dan memilih antara warna Ice Fluo atau Yamaha Blue.

Yamaha MT-15 membuat penampilan sulung di Malaysia September lalu sewaktu pelancaran MT-25.

Menariknya, MT-15 meneruskan DNA ‘Monster of Torque’ yang terdapat pada abang besar, MT-10, MT-09 dan MT-07.

Membawa ciri ‘naked’, MT-15 menawarkan fork berwarna emas (tidak terdapat pada MT-25), dengan rekaan lampu depan (LED) seakaan MT-09 berbanding MT-25 yang memiliki bentuk lampu lebih tirus.

Bentuk ‘ekor’ belakang juga mengekalkan rekaan sporty dengan penggunaan lampu LED sesuai dengan elemen ‘naked’ yang diketengahkan.

Yamaha MT-15 didatangkan dengan enjin 155cc dengan penyejukan cecair yang menghasilkan 18.5hp pada 10,000rpm dan 13.9Nm pada 8,500rpm yang disalurkan menerusi transmisi 6-kelajuan.

Sistem keselamatan utama pula terdiri dengan penggunaan Anti-lock Brake System (ABS) satu saluran (single-channel) dan High-Performance Variable Valves Actuation (VVA) dan Assist dan Slipper Clutch.

Penggunaan chassis jenis Deltabox seperti yang terdapat pada R-15 juga menjaminkan tunggangan lebih cekap dan selesa.

Antara ciri lain ditawarkan:

  • tangki 10L
  • tinggi tempat duduk 810mm
  • berat 138kg
  • tayar (radial) depan 100/80-17
  • tayar (radial) belakang 140/70-17
  • cakera brek depan 282mm
  • cakera brek belakang 220mm

Menurut HLYM, setiap pembelian MT-15 akan didatangkan dengan kunci cakera brek Yamaha bernilai RM100!

One Reply to “Harga Rasmi Yamaha MT-15 Diumumkan – RM11,988!”

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.