Yamaha MT-07 2021 Diperkenalkan – 72.8HP, 67Nm!

Selepas baru sahaja melancarkan MT-09 serba baharu minggu lalu, Yamaha kembali dengan memperkenalkan adiknya, MT-07 2021. Menariknya, MT-07 ini meneruskan rekaan lampu depan LED yang sama seperti terdapat pada MT-09 2021 dengan lampu projektor (high/low) berbentuk bulat di antara dua lampu sisi. Bagaimanapun, bahagian lain masih tampak tidak jauh berbeza melainkan bentuk tangki yang kini…

SPYSHOT: Yamaha Tracer 900 2021 Didedahkan!

Baru-baru ini, Yamaha telah pun melancarkan MT-09 2021 di Eropah yang menyaksikan jentera bertemakan ‘Darkside of Japan’ itu mendapat pelbagai kemas kini baharu. Kini tular beberapa gambar intipan oleh Gazzeta Motori yang memaparkan sebuah jentera Tracer 900 – atau Tracer 9 seperti yang terpampang di bahagian sisi jentera – sedang menjalani ujian di Eropah. Rupa…

Legasi FZ150i Kembali Hidup Dengan Yamaha MT-15

Umum mengetahui selain daripada pelancaran Yamaha MT-25 di Sofitel Damansara malam tadi, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) turut perkenalkan (previu) Yamaha MT-15. Meskipun hanya boleh didapati di pasaran bermula November nanti (termasuk harga), Yamaha MT-15 dijangka menarik lebih ramai pembeli di Malaysia terutamanya mereka yang merupakan peminat dan bekas pemilik FZ150i. Sejak HLYM menghentikan pengeluaran…

Yamaha MT-25 Akhirnya Mendarat Di Malaysia – RM21,500!

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) melancarkan Yamaha MT-25 untuk pasaran Malaysia, hari ini. Yamaha MT-25 merupakan motosikal jenis ‘naked’ yang diilhamkan daripada abang besar keluarga MT, MT-10, MT-09 dan MT-07. Bertemakan ‘Rush of Darkness’, Yamaha MT-25 tampil dengan rekaan agresif di samping ergonomik tempat duduk yang tegak menyamai motosikal motard. Model ini dilengkapi enjin dua…

Yamaha Tracer 900 GT Tampil Dengan Dua Warna Baharu

Hong Leong Yamaha Motors (HLYM) memperkenalkan dua warna baharu bagi Yamaha Tracer 900 GT. Motosikal segmen ‘sport tourer’ itu kini didatangkan dengan warna Reddih Copper dan Midnight Silver. Yamaha Tracer 900 GT merupakan motosikal segmen touring yang bernadikan enjin CP3 (crossplane tiga silinder) yang terdapat pada jentera ‘naked’ MT-09. Menawarkan 115hp pada 10,000rpm dan 87.5Nm…

Karnival Gen Blu Yamaha 2019 Bakal Lakar Rekod Baharu

Acara yang paling dinanti-nanti tahun ini itu bakal berlangsung pada 4 Ogos ini di MAEPS, Serdang dengan bertujuan untuk meraikan semua penunggang motosikal Yamaha. Seorang pengunjung bertuah akan berpeluang untuk membawa pulang sebuah Yamaha MT-09 serba baharu menerusi cabutan bertuah. Orang ramai yang hadir hanya perlu membelanjakan lebih RM80 dalam satu resit di karnival tersebut…

Yamaha Niken Tampil Lebih Ranggi Dengan Turbo

Model Yamaha Niken sudah cukup ranggi sekali, dan ia bertambah ranggi apabila sebuah bengkel di Australia melengkapkannya dengan turbo. Ia mampu menghasilkan 148hp, berbanding 115hp pada motosikal standard. Turut menyerikan pengubahsuaian motosikal ini adalah kemasan warna khusus.

Yamaha Tracer 900 GT 2019 Dilancarkan oleh Hong Leong Yamaha Motor (Dari RM58,888)

Hong Leong Yamaha Motor telah melancarkan motosikal sport-tourer Yamaha Tracer 900 GT 2019 pada hari ini. Ianya merupakan sebuah evolusi bagi model MT-09/Tracer 900 ‘standard’ dan tampil dengan pelbagai olahan semula. ‘GT’ pada namanya itu melambangkan semangat ‘Gran Turismo’ sebuah motosikal tourer berprestasi tinggi, yang akan membawa penunggangnya merentasi jarak yang jauh dengan pantas dan…

Yamaha MT-07 Tracer Bakal Tiba Di Malaysia?

Model Yamaha MT-07 Tracer tidak hadir dalam rangkaian Hong Leong Yamaha Motor. Adakah kita akan menyaksikan model ini dilancarkan sewaktu Persidangan Pengedar Yamaha pada hujung bulan ini? Atau adakah kita akan menyaksikan kehadiran motosikal MT-09 Tracer GT?