Yamaha MT-25 Akhirnya Mendarat Di Malaysia – RM21,500!

Advertisements

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) melancarkan Yamaha MT-25 untuk pasaran Malaysia, hari ini.

Yamaha MT-25

Yamaha MT-25 merupakan motosikal jenis ‘naked’ yang diilhamkan daripada abang besar keluarga MT, MT-10, MT-09 dan MT-07.

Bertemakan ‘Rush of Darkness’, Yamaha MT-25 tampil dengan rekaan agresif di samping ergonomik tempat duduk yang tegak menyamai motosikal motard.

Yamaha MT-15 dan MT-25

Model ini dilengkapi enjin dua silinder 249cc DOHC yang menawarkan 35.5hp pada 12,000rpm dan 23.6Nm pada 10,000rpm.

Antara ciri menarik lain ditawarkan:

  • Fork depan inverted
  • Lampu LED
  • Paparan digital LCD
  • Lampu hazard
  • ABS dual-channel

HLYM menawarkan Yamaha MT-25 dengan dua warna pilihan, Ice Fluo dan Yamaha Blue dengan harga RM21,500.

Yamaha MT-25 boleh didapati di semua pengedar rasmi HLYM bermula 18 September.

Sementara itu, setiap pembelian Yamaha MT-25 pelanggan akan menikmati key chain First Edition MT Series oleh Royal Selangor di samping safety disk lock.

Dalam perkembangan sama, HLYM turut memperkenalkan MT-15 yang dijadualkan akan dipasarkan pada November namun harga rasmi akan diumumkan kemudian.

Yamaha MT-15