Yamaha Tracer 900 GT Tampil Dengan Dua Warna Baharu

Advertisements

Hong Leong Yamaha Motors (HLYM) memperkenalkan dua warna baharu bagi Yamaha Tracer 900 GT.

Motosikal segmen ‘sport tourer’ itu kini didatangkan dengan warna Reddih Copper dan Midnight Silver.

Yamaha Tracer 900 GT merupakan motosikal segmen touring yang bernadikan enjin CP3 (crossplane tiga silinder) yang terdapat pada jentera ‘naked’ MT-09.

Menawarkan 115hp pada 10,000rpm dan 87.5Nm pada 8,500rpm, Tracer 900 GT turut dilengkapi dengan beberapa ciri menarik lain antaranya:

  • quickshifter
  • penghadang angin boleh laras
  • cruise control
  • paparan TFT
  • sistem penyerap hentakan depan dan belakang boleh laras
  • ride by wire
  • Traction Control dan ABS

Meskipun didatangkan dengan warna baharu, Yamaha Tracer 900 GT masih mengekalkan harga sama, RM58,888!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.