Aprilia Pagani 150 Dilancarkan Di China – 18hp, 14Nm

Rakan Piaggio di China, Zongshen Piaggio Foshan Motor telah melancarkan sebuah motosikal berkonsepkan cafe racer di bawah jenama Aprilia.

Diberi nama Aprilia Pagani 150, motosikal tersebut ditawarkan pada harga 21,800 Yuan (RM13, 187).

Bagi pasaran China, Pagani 150 ini berkongsi platform sama seperti produk Aprilia lain termasuk Terra 150 dan GPR150.

Aprilia Pagani 150 didatangkan dengan enjin bersesaran 150cc dengan penyejukan cecair yang menawarkan 18hp pada 9,750rpm dan 14Nm pada 7,500rpm.

Kuasa tersebut kemudiannya disalurkan menerusi transmisi 6-kelajuan sementara sistem ABS ditawarkan sebagai ciri tambahan.

Difahamkan, Aprilia Pagani 150 akan kekal sebagai produk pasaran tempatan (China) sahaja seperti varian 150 lain.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]