Yamaha R2 Dan R9 Dalam Pembikinan

Beberapa minggu selepas melancarkan YZF-R7, Yamaha telah pun memfailkan tanda dagangan R1 hingga R9 termasuk R15, R250 dan R25 di Jepun. Bagaimanapun, dalam perkembangan terbaru, Yamaha telah pun memfailkan dokumen dengan nama R2, R7 dan R9 dengan Kesatuan Eropah, Australia, New Zealand, Great Britain, Switzerland serta Uruguay sekaligus mengesahkan beberapa model R baharu akan diperkenalkan….