Sebuah paten bagi motosikal Yamaha V-Max tiga roda 1,700cc telah muncul atas talian. Paten tersebut menunjukkan sebuah motosikal tiga roda mirip Yamaha V-Max dengan bahagian hadapan ala ‘wishbone’. Motosikal V-Max adalah salah sebuah motosikal Yamaha paling berkuasa dengan enjin V4 1,679cc yang menghasilkan 200hp dan 167Nm.
Tag: Yamaha three-wheeled motorcycle
Yamaha telah mengumumkan bahawa motosikal kelas pertengahan Yamaha Niken mungkin akan tiba dalam masa yang terdekat. Motosikal Yamaha Niken 2019 ini dijana oleh enjin tiga selari 847cc yang sama seperti motosikal MT-09. Kami ramalkan yang versi bersaiz sederhana akan datang lengkap dengan enjin dwi-silinder 869cc dari motosikal MT-07.
Yamaha Motor Japan telah mengumumkan bahawa mereka telah memperoleh beberapa buah paten motosikal tiga roda yang menakjubkan dari Brudeli Tech. Syarikat yang bertapak di Norway tersebut memberikan tumpuan besar kepada teknologi automotif dan kenderaan Brudeli Leanster mereka adalah bukti pencapaian mereka. Pemerolehan ini menunjukkan yang Yamaha benar-benar berminat dalam membangunkan lagi pelaburan mereka bagi usaha…