MotoGP: Musim 2019 Berakhir, Marquez Hadiahkan Kejuaraan Berganda

Marc Marquez menoktahkan status selaku juara dunia MotoGP musim 2019 dengan kemenangan di litar Valencia. Dia turut berjaya mengurniakan kejuaraan dunia pasukan untuk Repsol Honda sekaligus menamatkan kempen terakhir MotoGP 2019 dengan kejuaraan berganda. Meskipun kejuaraan dunia telah pun disahkan di GP Thailand, Oktober lalu namun senario itu tidak menyekat Marquez untuk memburu kemenangan ke-12…

Yamaha TMAX 560 2020 Diperkenalkan – 46hp, 55.7Nm!

Skuter Yamaha TMAX 560 2020 generasi ketujuh akhirnya didedahkan. Antara model popular Yamaha di Eropah, pengeluar motosikal Jepun itu telah pun mengeluarkan lebih 275,000 unit TMAX sejak 2001. Kini skuter tersebut telah dinaik taraf dengan enjin dua silinder 560cc yang menghasilkan 46hp pada 7,500rpm dan 55.7Nm pada 5,250rpm. Pada masa sama, Yamaha turut memperkenalkan TMAX…

Pelanggan Yamaha Kini Boleh Menikmati Lifestyle Station Di HLYM Sungai Buloh

Hong Leong Yamaha Malaysia (HLYM) melancarkan Lifestyle Station yang bakal menjadi pusat tumpuan utama bagi pelanggan dan tetamu yang hadir di HLYM Sungai Buloh, hari ini. Lifestyle Station tersebut bukan sahaja menempatkan ruang lepak baharu bagi menawarkan keselesaan kepada pelanggan malah turut menawarkan ruang pameran khas. Lifestyle Station tersebut turut terdiri daripada ruang penjualan aksesori…

Tokyo Motor Show 2019: Yamaha Bakal Perkenalkan Dua Skuter Elektrik

Yamaha bakal menghangatkan lagi Tokyo Motor Show 2019, 23 Oktober ini apabila bakal memperkenalkan dua skuter elektrik. Selain daripada orang ramai menantikan tayangan sulung Yamaha R1 2020 dan Tenere 200, Yamaha E01 dan E02 Concpet bakal menjadi percubaan sulung Yamaha dalam menceburi dunia motosikal elektrik. Difahamkan, E01 akan menjana kuasa setanding skuter 125cc dan Yamaha…

Marquez Mampu Atasi Rekod Sembilan Kejuaraan Dunia Saya – Rossi

Pelumba ikon MotoGP, Valentino Rossi mengakui tidak akan terkejut sekiranya Marc Marquez berjaya merekodkan sembilan kejuaraan dunia dalam kariernya. Marquez mengesahkan kejuaraan MotoGP buat kali keenam di kelas premier selepas muncul juara di GP Thailand, baru-baru ini. Dia kini memiliki rekod lapan kejuaraan termasuk satu kejuaraan dunia bagi segmen 125cc dan Moto2. Kejayaan Marquez turut…

Gaya Quartararo Mengingatkan Saya Kepada Lorenzo – Marc Marquez

Pelumba Repsol Honda, Marc Marquez menyifatkan gaya tunggangan Fabio Quartararo bersama Petronas Yamaha mengingatkannya kepada Jorge Lorenzo. Lorenzo menjadi pesaing Marquez ketika menyertai Yamaha pada 2013 dan berjaya meraih tiga kejuaraan dunia di kelas premier termasuk pada 2015 apabila dia berjaya menewaskan wakil Honda itu. Seperti Lorenzo, Quartararo turut gemar memasuki selekoh dengan kelajuan tinggi….

Morbidelli Sertai Van Der Mark, Hafizh Syahrin Di Sepang 8 Hours

Pelumba pasukan Petronas Yamaha SRT, Franco Morbidelli disahkan bakal membuat penampilan sulung di FIM Endurance World Championship (EWC) bersama SRT di Sepang 8 Hours. Berlangsung pada 13-15 Disember ini, Morbidelli bakal digandingkan dengan juara Suzuka 8 Hour, Michael van der Mark dan Hafizh Syahrin bakal bersaing menggunakan jentera Yamaha YZF-R1. Sepang 8 Hours bakal menyaksikan…

GP Britain: Quartararo Salahkan Rins, Dovizioso Alami Hilang Ingatan

Pelumba Petronas Yamaha, Fabio Quartararo mendakwa kemalangan yang menimpanya berlaku daripada kesilapan Alex Rins yanng memintasnya di selekoh pertama. Quartararo mengalami insiden ‘highside’ lalu terbabas yang turut menyaksikan jenteranya dilanggar Andrea Dovizioso. Dovizioso terpaksa dikejarkan ke hospital susulan mengalami hilang ingatan sementara apabila mengalami hentakan kuat susulan perlanggaran tersebut. Quartararo kemudiannya menjelaskan bahawa kemalangan tersebut…

Sambar Petak Kedua, Rossi Akui Lebih Serasi Dengan Jentera

Valentino Rossi berjaya menempatkan dirinya di kelompok depan buat julung kalinya selepas GP Austiin, April lalu apabila berjaya menduduki petak kedua ketika sesi kelayakan di Silverstone, malam tadi. Selepas merekodkan aksi hambar sebelum cuti musim panas, Rossi berjaya bangkit dengan tunggangan lebih baik sejak di Brno. Menurut laporan Crash.net, Rossi akui dia berasa cukup gembira…