Maverick Vinales Kekal Bersama Yamaha Sehingga 2022

Maverick Vinales menamatkan desas-desus mengenai masa depannya apabila menandatangani kontrak baharu bersama Yamaha. Kontrak baharu itu sekaligus menyaksikan pelumba Sepanyol itu akan kekal bersama Monster Energy Yamaha sehingga musim 2022. I‘m extremely happy to announce that I renew my contract with @YamahaMotoGP for 2021-2022. 🙏🔥 Our main objective is to be World Champion and try…

“Rossi Akan Berhenti Sekiranya Gagal Perbaiki Kedudukan”

Demikian pendapat disuarakan pelumba Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT), Franco Morbidelli. “Valentino suka berlumba tetapi pada masa sama dia juga mahu merebut kedudukan teratas. Dia tidak akan berlumba sekiranya sering menamatkan perlumbaan di kedudukan kelapan atau kesepuluh. “Musim 2019 tidak seperti yang semua harapkan tetapi jika dia gagal melakukannya musim ini, mungkin dia akan…

Yamaha X-MAX Kini Ditawarkan Dengan Tiga Warna Baharu Bagi 2020

Hong Leong Yamaha Malaysia (HLYM) memperkenalkan tiga warna baharu bagi Yamaha X-MAX 2020. Yamaha X-MAX 2020 kini didatangkan dengan tiga warna pilihan, Matte Blue, Matte Silver dan Matte Grey. X-MAX merupakan skuter segmen mewah yang dilengkapi teknologi Yamaha Blue Core dan beberapa ciri keselamatan terkini antaranya Anti-lock Braking System (ABS) dan Traction Control. Disebabkan saiznya…

Jorge Lorenzo Pertimbang Peluang Kembali Sebagai ‘Test Rider’

Jorge Lorenzo mengakui sedang mempertimbangkan keputusan untuk kembali ke saingan MotoGP selaku penunggang uji. Meskipun sedang menikmati persaraan ketika ini namun ketika ditemu bual Motosans.es, Lorenzo mengesahkan sedang dalam proses membuat keputusan mengenai masa depannya. “Itu antara kemungkinan yang saya ada ketika ini. Pada masa sama, saya juga memerlukan masa untuk diri saya sendiri sebab…

Rossi Luah Hasrat Berpindah Ke Petronas Yamaha SRT?

Valentino Rossi akui terbuka dengan cadangan untuk menyertai pasukan satelit, Petronas Yamaha SRT, bagi musim 2021. Rata-rata berpendapat pasukan Yamaha akan terus memberi kepercayaan terhadap Rossi selagi dia berminat untuk kekal bersama pasukan itu. Bagaimanapun, dengan Maverick Vinales menampilkan aksi mantap musim lalu sementara pelumba Petronas Yamaha, Fabio Quartararo turut beraksi cemerlang, Yamaha kini berdepan…

Jual Yamaha RXZ 2009, Tujuh Buah Helmet – RM165 Ribu

Seorang pengguna Facebook, Apish Seth, menjadi viral apabila berniat untuk menjual sebuah motosikal jenis Yamaha RXZ dan tujuh buah helmet. Bagaimanapun, yang mencuri perhatian adalah harga yang dipinta sebanyak RM165,000! Menurut perkongsian terebut, jentera RXZ itu merupakan model tahun 2009 dan dilengkapi rim ar125 sementara tujuh helmet tersebut terdiri daripada jenama Arai dan Shoei. Perkongsian…

Yamaha MT-15 Bakal Masuk Malaysia?

Media tempatan melaporkan Yamaha MT-15 telah dikesan menjalani sesi ujian di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS)! Menurut laporan Pandulaju, mereka telah menerima beberapa imej yang dihantar pembaca yang memaparkan sebuah jentera Yamaha yang menyerupai MT-15. Meskipun tiada kepastian sama ada jentera tersebut merujuk kepada MT-15 mahupun MT-25 namun melihat kepada kehadiran penutup radiator dibahagian depan…

MotoGP: Musim 2019 Berakhir, Marquez Hadiahkan Kejuaraan Berganda

Marc Marquez menoktahkan status selaku juara dunia MotoGP musim 2019 dengan kemenangan di litar Valencia. Dia turut berjaya mengurniakan kejuaraan dunia pasukan untuk Repsol Honda sekaligus menamatkan kempen terakhir MotoGP 2019 dengan kejuaraan berganda. Meskipun kejuaraan dunia telah pun disahkan di GP Thailand, Oktober lalu namun senario itu tidak menyekat Marquez untuk memburu kemenangan ke-12…