Juara dunia WorldSBK berbilang kali, Jonathan Rea, kini sedang dalam perbincangan bagi menyertai siri perlumbaan MotoGP pada tahun 2019. Beberapa buah pasukan pengilang telah pun menawarkan tempat bagi penunggang yang berusia 31 tahun itu. Rea juga sedang dalam perbincangan dengan pasukan semasanya, Kawasaki Racing Team WorldSBK, di mana kontraknya bersama mereka akan tamat pada hujung…
Category: WSBK
Pusingan pembukaan WorldSBK 2018 telah menyaksikan Marco Melandri merangkul kemenangan berganda dalam kedua-dua perlumbaan di Australia. Melandri berjaya menangkis serangan kedua-dua penunggang pasukan Kawasaki Racing Team dalam Perlumbaan 1 dan Perlumbaan 2 untuk memenangi perlumbaan-perlumbaan tersebut. Tom Sykes dan Chaz Davies melengkapkan podium dalam Perlumbaan 1 manakala Jonathan Rea bersama dengan Xavi Fores pula melengkapkan…
Pasukan PATA Yamaha Official WorldSBK telah memperkenalkan jentera perlumbaan mereka bagi musim ini, iaitu Yamaha YZF-R1 2018. Pelancarannya itu telah dibuat sempena ujian pra musim WorldSBK yang berlangsung di Portimao, Portugal. Kedua-dua penunggang utama pasukan tersebut, Alex Lowes dan Michael van der Mark telah bersedia untuk memberikan kemenangan perlumbaan yang pertama buat Yamaha sejak…
Pasukan pengilang Ducati bagi siri perlumbaan WorldSBK telah menyingkap tirai di sebalik jentera perlumbaan Ducati Panigale V-Twin yang terkini serta terakhir bagi model berkenaan. Jentera janaan enjin Superquadro L-Twin 1198cc akan beraksi buat kali terakhir pada musim ini bersama dengan penunggang utama mereka, Chaz Davies dan Marco Melandri. Bermula pada tahun 2019, Ducati akan…
Kawasaki Racing Team, atau singkatannya, KRT, dengan secara rasminya telah memperkenalkan jentera perlumbaan mereka bagi siri WorldSBK musim 2018, Kawasaki Ninja ZX-10RR 2018. Kedua-dua penunggang pasukan tersebut, Rea dan Sykes, akan mempertahankan kejuaraan dan kemenangan perlumbaan mereka di atas jentera dengan kemasan grafik yang serba baru. Motosikal ZX-10RR telah merangkul begitu banyak kemenangan perlumbaan serta…
Motosikal Ducati Panigale V4 R 2019 telah dilihat sedang diuji di Jerez bersama dengan pasukan pengilang Ducati WorldSBK. Dibina untuk perlumbaan dan bagi mematuhi peraturan baru WorldSBK, varian R ini akan menggunakan enjin V4 1,000cc. Motosikal Panigale V4 R ini dijangka akan dilancarkan dalam bulan Julai sewaktu “World Ducati Week 2018”.
Desas-desus mengenai juara WorldSBK, Jonathan Rea, berpindah ke MotoGP telah timbul sekali lagi. Selepas memenangi kejuaraan buat kali ketiga berturut-turut bersama pasukan Kawasaki Racing Team (KRT), Rea bakal meneruskan kerjaya WorldSBK-nya sehingga hujung tahun 2018. Rea mengatakan bahawa dia hanya akan berpindah sekiranya ada kekosongan dalam pasukan pengilang MotoGP.
Sebuah dokumentari berdurasi 45 minit mengenai hidup Jonathan Rea dan bagaimana dia menggondoli tiga takhta WorldSBK telah ditayangkan oleh BBC. Klip berkenaan mempamerkan bagaimana penunggang berusia 30 tahun itu berjaya mencapai kejayaan tersebut dan pada masa yang sama menjaga keluarganya sewaktu sedang menjelajah dan di antara pusingan perlumbaan. Rea adalah satu-satunya penunggang WorldSBK setakat…
Juara Dunia WorldSBK sebanyak tiga kali, Troy Bayliss akan kembali ke dunia perlumbaan motosikal superbike sepenuh masa bermula tahun hadapan. Legenda perlumbaan berusia 49 tahun dari Australia ini akan bermula di siri perlumbaan tempatan, Australian Superbike Championship 2018. Bersama dengan pasukan Desmosport Ducati, Bayliss akan mengemudi jentera Ducati 1299 Panigale R 2017.