Kelibat Ducati Panigale V4 R 2019 1000cc Telah Dilihat Sedang Diuji Di Sepanyol

Sumber imej: MCN

  • Motosikal Ducati Panigale V4 R 2019 telah dilihat sedang diuji di Jerez bersama dengan pasukan pengilang Ducati WorldSBK.
  • Dibina untuk perlumbaan dan bagi mematuhi peraturan baru WorldSBK, varian R ini akan menggunakan enjin V4 1,000cc.
  • Motosikal Panigale V4 R ini dijangka akan dilancarkan dalam bulan Julai sewaktu “World Ducati Week 2018”.

Sewaktu kebanyakan media motosikal antarabangsa baru sahaja pulang dari sesi tunggang uji Ducati Panigale V4 2018 yang amat mengujakan yang dianjurkan di Valencia, kami telah menerima pelbagai pertanyaan mengenai bila dan di manakah motosikal Panigale R versi perlumbaan satu-liter akan diperkenalkan.

Motosikal kegunaan jalan raya semasa, Panigale V4 dan V4 S telah dilengkapi dengan enjin Ducati Desmosedici Stradale V4 yang mempunyai kapasiti 1,103cc, yang mana ianya melebihi had baru bagi pertandingang Superbike World Championship (WorldSBK). Ducati bagaimanapun telah menyatakan bahawa sebuah versi ‘perlumbaan’ yang dibina khusus untuk perlumbaan akan diperkenalkan menjelang hujung tahun 2018.

Model tersebut bakal dikenali sebagai Ducati Panigale V4 R 2019, satu-satunya motosikal V4 direka khusus untuk perlumbaan, dengan kapasiti 1,000cc. Beberapa hari yang lalu telah menyaksikan kemunculan motosikal ini dari sebalik tabir, diuji mengelilingi litar Jerez bersama dengan pasukan pengilang WorldSBK mereka.

Sumber imej: MCN

Motosikal Ducati Panigale V4 R 2019 yang (hampir) sedia lumba ini tampak lebih ramping berbanding dengan saudara kegunaan jalan rayanya manakala menurut mereka yang telah mendengarnya menyatakan bahawa bunyinya hampir serupa. Walaupun versi R telah dikurangkan kapasitinya sebanyak 103cc, Ducati menyatakan yang ia secara kasarnya menghasilkan jumlah kuasa serta tork yang sama. Ini bermakna yang talaan keseluruhan dan pemetaan enjinnya telah ditetapkan untuk jangkauan RPM yang lebih tinggi.

Motosikal Ducati Panigale V4 R 2019 belum lagi dilancarkan secara rasmi oleh Ducati namun kami andaikan yang ianya bakal diperkenalkan sewaktu “World Ducati Week 2018” yang bakal berlangsung pada bulan Julai di Litar Dunia Misano. Teruskan setia bersama kami di MotoMalaya untuk perkembangan terkini dunia permotoran.

 

Leave a Reply