PDRM Terima 871 Buah Motosikal Kawasaki Z250 Dan KLX250 Baru Bagi Tahun 2018

 

  • Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah menerima 871 buah motosikal Kawasaki Z250 dan KLX KLX250 bagi memperkuatkan lagi unit rondaan URB mereka.
  • Upacara penyerahan telah diadakan semalam di markas Pasukan Gerakan Am berhampiran Bukit Kayu Hitam, Kedah.
  • Ke semua motosikal scrambler Kawasaki KLX250 akan membantu dalam rondaan kawasan bersempadan dengan Thailand yang mana meliputi kawasan berbukit dan jalan yang sempit.

Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah menerima sejumlah 871 unit motosikal Kawasaki bagi menguatkan lagi Unit Rondaan Bermotosikal (URB) mereka. Model-model tersebut merupakan motosikal Kawasaki Z250 dan motosikal scrambler KLX250.

Sewaktu upacara penyerahannya semalam yang berlangsung di Bukit Kayu Hitam Kedah, Polis Kedah telah diberikan 67 buah motosikal secara keseluruhannya di mana 20 buah motosikal scrambler KLX250 akan digunakan sebagai sebahagian daripada Pasukan Gerakan Am bagi rondaan sempadan.

Daripada 871 buah motosikal yang telah diterima, 200 daripada motosikal berkenaan adalah motosikal scrambler KLX250 yang akan membantu para pegawai polis bagi mengawasi sempadan Thailand. Amat ringan, berkuasa, dan serba boleh tidak kira sebarang keadaan jalan, motosikal KLX250 dikatakan cukup sesuai untuk tugas rondaan di kawasan cenderung jenayah yang berbukit-bukau dan jalan-jalan yang sempit.

Baki motosikal yang selebihnya akan diagihkan secara berperingkat, di mana ianya dikatakan bernilai sekitar RM28 juta. Ini semua adalah atas jasa maklum balas positif yang telah dikumpul daripada pegawai URB mereka.

Setakat ini, PDRM telah melakukan rondaan di seluruh negara dengan kira-kira 4,189 buah motosikal. Dan oleh kerana adanya motosikal-motosikal ini, para pegawai mampu melakukan rondaan di jalan raya dengan lebih mudah dan tiba di lokasi dengan lebih pantas berbanding dengan mod pengangkutan yang lain.

Sumber imej: PDRM

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]