Kawasaki adalah pengeluar terkini yang sedang mengusahakan pembangunan teknologi radar untuk motosikal keluaran mereka. Sebuah paten yang telah difailkan oleh mereka telah mempamerkan sebuah sistem dengan radar hadapan dan belakang. Sistem ini berfungsi bersama dengan brek dan juga pendikit.
Category: safety
Peragut bermotosikal adalah satu masalah yang besar dalam negara. Di mana masalah ini sukar untuk dihapuskan sepenuhnya, ada cara untuk melindungi diri anda daripada menjadi mangsa ragut. Cara terbaik adalah untuk mengurangkan peluang bagi mereka untuk bertindak.
Seorang penunggang motosikal berbangsa India telah ditimpa musibah berganda dalam satu kemalangan jalan raya. Ajaibnya, dia terselamat dari sebarang kecederaan yang serius dalam kemalangan tersebut. Kemalangan berkenaan menunjukkan betapa pentingnya pemakaian helmet pada setiap masa.
Seorang pegawai polis trafik Delhi telah mengambil pendekatan yang unik dengan memegang cermin di hadapan pesalah trafik. Langkah ini diambil bagi menggalakkan pesalah untuk memakai helmet sewaktu menunggang motosikal. Menurut pegawai berkenaan, langkah ini berkesan setakat ini.
Seorang Professor Madya telah memberitahu Bernama bahawa 4 daripada 10 warga Malaysia menggunakan telefon ketika memandu. Gangguan antara 5 hingga 10 saat bersamaan dengan jarak 160 meter di atas jalan raya. Sebagai penunggang motosikal kita perlu sentiasa mengurangkan risiko dan berwaspada dengan sebarang tanda-tanda bahaya.
Ketua Menteri Pulau Pinang telah menggesa pemegang konsesi Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (jambatan kedua) untuk menilai kembali tahap keselamatan penghadang jalan mereka. Sebuah SUV telah melepasi penghadang jalan di Jambatan Pulau Pinang dan terhumban jatuh ke dalam laut setelah dilanggar sebuah kenderaan yang lain pada 20 Januari 2019. Ini…
Jabatan Keselamatan Jalan Raya, sedang mengkaji sama ada untuk menghadkan motosikal kapchai pada 70km/j dan menunggang di sebelah kiri jalan sahaja. Diharapkan yang tindakan ini akan mengurangkan jumlah kematian akibat kemalangan motosikal. Pada pandangan kami, ada banyak lagi langkah yang lebih produktif yang boleh dilaksanakan.
Lebih daripada 10,000 kemalangan jalan raya adalah akibat daripada penggunaan tayar celup. JPJ akan bekerjasama dengan JKR dan SIRIM untuk menguatkuasakannya. Kita sebagai penunggang motosikal perlulah sentiasa berwaspada dengan cebisan tayar celup di atas jalan raya pada setiap masa.
Tangan seorang kanak-kanak telah terperangkap pada roda belakang motosikal. Jaketnya yang longgar itu telah terperosok memasuki roda belakang motosikal yang diboncengnya. Ini adalah salah satu dari pelbagai kemalangan motosikal yang disebabkan oleh pakaian yang longgar.