Hong Leong Yamaha (HLYM) Lancarkan Buku Panduan Kesedaran Persediaan Penunggangan

HLYM telah melancarkan Buku Panduan Kesedaran Keselamatan Penunggangan bagi memupuk kesedaran keselamatan terutamanya di kalangan pemilik motosikal baharu. Makalah ini akan disertakan dengan setiap motosikal baharu yang dibeli melalui wakil pengedar. Wakil pengedar bertanggungjawab dalam memberi taklimat kepada setiap pemilik baharu mengenai keselamatan, yang terdapat dalam makalah berkenaan.

Panggilan Semula Keselamatan Buat Kawasaki Ninja H2 SX SE Dan Kawasaki Ninja H2 SX

Kawasaki telah mendapati bahawa tongkat tengah bagi model Ninja H2 SX SE serta Ninja H2 SX longgar, berkemungkinan akibat kimpalan yang kurang sempurna. Dan oleh kerana itu, mereka telah memfailkan panggilan semula keselamatan dengan badan NHTSA di Amerika Syarikat. Kedua-dua buah model ini belum lagi tiba di pasaran Malaysia buat masa ini, dan isu ini…

Negara Jerman Akan Gantikan Papan Tanda Jalan Raya Buatan Besi Dengan Buatan Plastik

Kita sebagai para penunggang motosikal telah sedia maklum buat sekian lama bahawa pertembungan dengan papan tanda besi boleh mengakibatkan kecederaan yang serius atau pun kemalangan jiwa. PBB dan Kesatuan Eropah telah mengesyorkan yang papan tanda buatan besi dan penghadang dibuang. Negara Jerman menerajui usaha dengan menggantikan papan tanda buatan besi dengan buatan plastik.