Perlumbaan Rali Dakar akan berpindah ke Arab Saudi bermula tahun 2020. Perubahan ini bertitik tolak daripada kebimbangan berkenaan dengan politik dan kewangan di Amerika Selatan. Satu sidang akhbar akan diadakan pada 25 April bagi menjelaskan lagi mengenai pertukaran tersebut.
Category: Rali Dakar
Toby Price telah memenangi perlumbaan Rali Dakar 2019 dengan pergelangan tangan yang retak. Ini adalah kemenangan Rali Dakar keduanya sejak tahun 2016. KTM telah memenangi perlumbaan rali ini buat kali ke-18 berturut-turut.
Sewaktu para peserta mulai melintasi garisan penamat Rali Dakar, kami tercari-cari akan nama Nicola Dutto. Rupa-rupanya dia telah disingkirkan pada hari ke-empat. Penganjur gagal memberikan penerangan yang jelas mengenai keputusan mereka itu.
Nicola Dutto adalah penunggang motosikal paraplegik pertama dalam Rali Dakar. Jentera KTM 450 EXC-Fnya telah diubahsuai khusus untuk tugas berkenaan. Pasukannya terdiri daripada tiga orang penunggang lain yang akan membantunya.
Rali Dakar 2019 akan bermula dari 7 Januari 2019. Ianya merupakan perlumbaan ketahanan paling mencabar di dunia. Perlumbaan edisi tahun 2019 bakal menyaksikan penyertaan terbesar dalam sejarah rali berkenaan.
Juara bertahan, Sam Sunderland telah terkeluar dari saingan Rali Dakar 2018 selepas terbabas di peringkat keempat perlumbaan berkenaan. Penunggang berusia 28 tahun itu telah mendahului dua peringkat yang pertama namun satu kemalangan pada peringkat keempat yang telah mengakibatkan kecederaan belakang yang memaksanya untuk menarik diri dari perlumbaan. Sam Sunderland merupakan juara Rali Dakar dari…