Kira Detik Untuk Rali Dakar 2019 Telah Bermula

  • Rali Dakar 2019 akan bermula dari 7 Januari 2019.
  • Ianya merupakan perlumbaan ketahanan paling mencabar di dunia.
  • Perlumbaan edisi tahun 2019 bakal menyaksikan penyertaan terbesar dalam sejarah rali berkenaan.

Kira detik bagi perlumbaan Rali Dakar 2019 telah pun bermula. Rali “The Dakar” ini dikenali ramai sebagai perlumbaan ketahanan ‘off-road’ paling mencabar dalam dunia.

Edisi ke-41 perlumbaan rali ini akan bermula dari 7 Januari 2019. Seramai 534 orang peserta yang bakal mengambil bahagian di atas motosikal, kereta, UTV, trak, serta SxS akan memulakan perlumbaan sejauh 5,000 kilometer ini. Mereka akan berhadapan dengan pelbagai cabaran seperti dakian setinggi 5,000 meter dari aras laut, mengharungi gumuk pasir, batu dan bermacam-macam lagi. Perlumbaan ini turut meliputi jarak 3,000 kilometer tahap khas melalui keadaan cuca melampau. Semua ini telah direka bagi menguji ketahanan fizikal dan mental peserta, di samping menguji kebolehan jentera mereka.

Bagaimana pun, akan ada perubahan bagi perlumbaan rali yang bakal kunjung tiba ini. Diadakan di Peru sahaja, perlumbaan kali ini tidak akan meliputi negara-negara bersempadan dengannya, seperti Chile, Argentina, dan Bolivia. Dari sudut positifnya, atur cara sebegini dapat mengelakkan sebarang komplikasi sempadan yang telah melanda perlumbaan rali yang sebelum ini.

Sumber imej: DriveMag Riders

Perlumbaan Rali Dakar 2019 ini turut mencipta beberapa buah sejarah yang baharu. Kelas ‘rookie’ perlumbaan rali ini bakal menyaksikan penyertaan yang terbesar. Kelas wanita juga telah mencipta rekod penyertaan terbesarnya setakat ini dengan 17 orang peserta. Kelas “Original by Motul” yang baharu mempunyai seramai 34 orang peserta. Sebelum ini dikenali sebagai kelas “Malle Moto”, para peserta hanya dibenarkan untuk membaiki kenderaan mereka dengan jumlah bekalan yang terhad, yang boleh dimuatkan dalam bonet yang kecil (‘Malle’ adalah perkataan dalam bahasa Perancis yang membawa maksud bonet).

Satu lagi kelas baharu adalah kategori ‘half marathon’. Kereta, trak, dan SxS yang telah menarik diri lebih awal sewaktu separuh pertama akan mendapat peluang kedua bagi menyempurnakan perlumbaan ini. Kategori ini akan bermula selepas hari rehat separuh masa, namun, sebagai klasifikasi yang berbeza. Para peserta akan mengenakan plet berwarna oren dan akan diasingkan daripada 25 peserta teratas.

Sila ikuti perkembangannya bersama kami dari masa ke semasa, di mana kami akan bawakan perkembangan daripada perlumbaan paling mencabar dalam dunia ini.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]