Rali Dakar 2018: Juara Bertahan Sam Sunderland Terbabas, Tidak Dapat Meneruskan Perlumbaan

Sumber imej: MCE Insurance

 

  • Juara bertahan, Sam Sunderland telah terkeluar dari saingan Rali Dakar 2018 selepas terbabas di peringkat keempat perlumbaan berkenaan.
  • Penunggang berusia 28 tahun itu telah mendahului dua peringkat yang pertama namun satu kemalangan pada peringkat keempat yang telah mengakibatkan kecederaan belakang yang memaksanya untuk menarik diri dari perlumbaan.
  • Sam Sunderland merupakan juara Rali Dakar dari British yang pertama setelah dia memenangi perlumbaan tahun lalu di atas jenteranya, KTM 450 Rally.

Sumber imej: DriveMag Riders

Ianya telah dilaporkan bahawa juara bertahan Rali Dakar, Sam Sunderland dari pasukan KTM, tidak dapat meneruskan perlumbaan Rali Dakar 2018 setelah satu kemalangan menamatkan usahanya itu. Setelah menghadapi empat peringkat perlumbaan yang amat mencabar, juara British yang pertama dalam perlumbaan Rali Dakar terpaksa menamatkan kempennya setelah mengalami beberapa kecederaan yang serius.

Sumber imej: Dakar

Sam Sunderland telah mendahului perlumbaan berkenaan dalam dua peringkat yang pertama. Mengemudi jentera KTM 450 Rallynya, satu kemalangan telah menyebabkan kecederaan belakang yang memaksanya berhenti dari bersaing kerana ianya mengganggu deria rasa pada kakinya. Penunggang British berusia 28 tahun itu telah dipindahkan ke Bivouac untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut daripada pasukan perubatan.

Sumber imej: Red Bull

Menurut pengurus pasukan KTM, Alex Doringer, Sunderland pada waktu kemalangan tersebut sedang tercari-cari salah satu daripada “Way Point Control” Rali berkenaan dan telah terlompat masuk ke dalam sebuah lubang yang besar yang mana menyebabkan belakang tersentak dan termampat. Dengan serta merta juara bertahan berkenaan telah merasakan rasa sakit yang tajam secara tiba-tiba pada bahagian belakangnya namun telah meneruskan penunggangan sejauh 5km sebelum dia terpaksa berhenti kerana dia kehilangan hampir keseluruhan deria rasa di kakinya.

Sumber imej: Motorcycle Sports

Perkembangan terbaru telah menunjukkan bahawa Sunderland telah diterbangkan ke Lima, Peru untuk mendapatkan lebih banyak pemeriksaan di sebuah pusat perubatan yang lengkap. Deria rasa pada kakinya telah mula kembali sedikit demi sedikit yang mana ianya satu petanda yang baik namun pemindahannya ke Lima adalah untuk memastikannya segala-galanya dalam keadaan yang baik.

Sumber imej: KTM Racing

Sam Sunderland adalah juara Rali Dakar British yang pertama yang telah merangkul kemenangan besarnya itu untuk KTM pada tahun lalu. Ke semua penamat perlumbaan di atas podium telah mengemudi motosikal KTM 450 Rally. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, TEKAN SINI.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.