Category: news
Triumph Motorcycles Malaysia dengan secara rasminya telah mengumumkan harga motosikal mereka dengan kadar GST 0%. Pengeluar dari Hinckley itu telah meletakkan harga yang kini lebih menggiurkan. Pengumuman harga yang baru itu bersamaan dengan ketibaan model Tiger 800 XCA dan Tiger 800 XRT.
Ke semua pengeluar sedang bersedia untuk menetapkan GST kepada 0% bermula 1 Jun 2018. Di sini kami senaraikan ramalan harga baru untuk motosikal BMW di Malaysia. Adakah ini waktu terbaik untuk memiliki sebuah motosikal BMW yang baru?
Sebuah paten bagi motosikal Yamaha V-Max tiga roda 1,700cc telah muncul atas talian. Paten tersebut menunjukkan sebuah motosikal tiga roda mirip Yamaha V-Max dengan bahagian hadapan ala ‘wishbone’. Motosikal V-Max adalah salah sebuah motosikal Yamaha paling berkuasa dengan enjin V4 1,679cc yang menghasilkan 200hp dan 167Nm.
Kawasaki Motors Malaysia (KMSB) telah menganjurkan acara Kawasaki Track Day 2018 pada hari Ahad (6 Mei 2018) yang lalu. Kira-kira 100 orang pemilik Kawasaki telah menyertai acara hari litar yang menyeronokkan ini di Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Juara ARRC 2017, Azlan Shah Kamaruzaman juga turut serta dalam acara ini bagi menguji jentera Ninja ZX-10R milik…
Bagi menyambut ketibaan bulan Ramadan, UMW Toyota Motor telah mengumumkan pelancaran kempen “Jalan Cerita – Ramadan Bersama Toyota”. Pelbagai tawaran menarik disediakan buat para pelanggan, termasuklah ‘Duit Raya’ bernilai RM500. Kempen bermula sekarang sehingga 31 Mei 2018.
Kolej Automotif TOC (TOC) adalah kolej automotif premier Malaysia. TOC baru sahaja melancarkan Kursus Juruteknik Superbike kolej tersebut. Pendaftaran untuk kursus ini sudah mula dibuka dan ia akan bermula pada bulan Julai 2018. Turut diperkenalkan adalah jentera TOC yang akan menyertai siri perlumbaan Malaysian Superbike (MSBK).