VPCM Umumkan Harga Baru Kereta Volkswagen Dengan GST Sifar

Advertisements

Sejajar dengan kadar GST sifar peratus yang baru sahaja dikaji semula oleh Kerajaan Malaysia, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini telah mengumumkan harga yang dikemaskini bagi rangkaian modelnya, berkuatkuasa dari 1 Jun 2018.

Harga baru ini akan kekal berkuatkuasa, sehinggalah sewaktu kerajaan menggunakan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). Rajah di bawah menyenaraikan harga runcit disyorkan (RRP) semasa bagi model Volkswagen (dengan 6% GST) dan RRP baru (dengan 0% GST), bermula dari 1 Jun 2018.

Model Varian Harga Semasa Dengan 6% GST Harga Baru Dengan 0%  GST
Polo RM 76,888 RM 72,488
Vento Comfortline RM 86,888 RM 81,888
Highline RM 93,888 RM 88,488
Jetta Highline RM 128,990 RM 121,488
Passat Comfortine RM 179,990 RM 169,488
Comfortline Plus RM 184,980 RM 174,478
Highline RM 198,990 RM 187,488
Tiguan Comfortline RM 148,990 RM 139,888
Highline RM 168,990 RM 158,888
Beetle Sport RM 147,888 RM 139,488
Golf Sportline RM 155,990 RM 146,888
R-Line RM 166,990 RM 157,488
GTI RM 239,990 RM 225,888
R RM 295,990 RM 278,888

Nota: Harga yang disenaraikan adalah harga runcit dan tidak termasuk insurans dan pendaftaran.

Dengan stok yang terhad, para pelanggan perlu mengambil peluang ini untuk membuat tempahan kerana sebaik sahaja 1 Jun, mereka akan dapat menikmati harga ini dengan kadar GST sifar dan juga promosi Raya yang sedang berjalan.

Encik Erik Winter, Pengarah Urusan VCPM, berkata bahawa warga Malaysia berpeluang mengambil kesempatan daripada situasi semasa. “Tempoh ini bagaikan durian runtuh buat warga Malaysia, dan saya ingin menyeru mereka yang sedang mempertimbangkan produk kami untuk merebut peluang ini kerana ianya masa yang terbaik untuk memilik sebuah Volkswagen. Ketenangan minda pelanggan adalah keutamaan kami, dan kami ingin menyediakannya sewaktu tempoh peralihan ini sehinggalah apabila SST digunapakai. Kami mahu pelanggan kami untuk memanfaatkan harga yang dikaji semula ini, dan pada masa yang sama, menikmati promosi kami yang sedang berjalan,” ujarnya.

VPCM sedang menjalankan promosi “Fuel Up Your Gaya”, di mana para pelanggan boleh menikmati kadar faedah serendah 0.88% setahun dan rebat tunai sehingga RM15,000 untuk model Volkswagen terpilih. Selain itu, mereka yang membeli sebuah kereta Volkswagen (sehingga 30 Jun 2018) juga akan menerima kad petrol bernilai RM1,188.

Setiap kereta Volkswagen baru datang dengan Waranti Pengilang 5 tahun, ‘Roadside Assistance’ 5 tahun dan Penyelenggaraan Percuma selama 3 tahun. Sebarang maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari laman sesawang rasmi Volkswagen Malaysia.

VW Malaysia Umumkan Kempen “Fuel Up Your Gaya”!