Rangkaian Motosikal Harley-Davidson 2018 Telah Tiba Di Harley-Davidson Petaling Jaya

  • Lebih banyak rangkaian motosikal Harley-Davidson 2018 telah tiba di Harley-Davidson Petaling Jaya.
  • Ianya terdiri daripada tiga model Softail dan sebuah model Sportster.
  • Para penggemar Harley kini ada lebih banyak pilihan.

Lebih banyak model Harley-Davidson 2018 yang dinanti-nantikan telah tiba di Harley-Davidson Petaling Jaya hari ini.

Ketibaan baru ini akan memberikan lebih banyak pilihan buat para penggemar motosikal berenjin V-Twin Milwaukee ini. Kebanyakannya adalah dari rangkaian Softail tetapi salah sebuah daripadanya adalah varian Sportster.

SOFTAIL SLIM

  • Model Softail Slim mengimbau kembali gaya vintaj, buas Harley.
  • Dengan gaya dilegapkan, ia sedia untuk dikhususkan.
  • Lampu hadapan LED baru.
  • Kerangka Softail serba baru yang lebih ringan dan keras untuk pengendalian lebih baik dan keselesaan penunggang.
  • Fork dan penyerap hentakan belakang berprestasi tinggi baru.
  • Kini, 16kg lebih ringan berbanding model tahun lalu.
  • Dijana oleh enjin (1753cc) 107 inci padu Milwaukee-Eight yang menghasilkan 149Nm tork.
  • Pelana rendah pada 650mm sewaktu dinaiki.

SOFTAIL LOW RIDER

  • Gaya retro yang rendah ke tanah ala motosikal ‘chopper’ 70-an.
  • Rupa paras ikonik yang sama seperti Dyna Low Rider tetapi di atas kerangka Softail yang baru.
  • Lampu hadapan LED baru.
  • Fork dan penyerap hentakan belakang berprestasi tinggi baru.
  • Roda aloi tempa.
  • Enjin (1753cc) 107 inci padu Milwaukee-Eight yang menghasilkan 149Nm tork.
  • Ketinggian pelana 665mm apabila dinaiki.

SOFTAIL HERITAGE CLASSIC

  • Motosikal cruiser nostalgia dan bagger yang sejati.
  • Kawalan bersiar elektronik.
  • Penghadang angin boleh tanggal.
  • Lampu hadapan LED.
  • Beg pelana lembut yang dilitupi dan boleh dikunci.
  • Fork dan penyerap hentakan belakang berprestasi tinggi baru.
  • Enjin 107 inci padu (1753cc) Milwaukee-Eight yang menghasilkan 149Nm tork atau enjin 114 (1868cc) dengan 161Nm tork.
  • Ketinggian pelana 680mm sewaktu dinaiki.

ROADSTER

  • Motosikal Sportster dengan rupa paras paling ‘garang’.
  • Harley menamakannya rupa ‘tucked in’.
  • Enjin Sportster Evolution 1,200cc sejukan udara dengan 103Nm.
  • Dilegapkan untuk rupa paras yang lebih ‘jahat’.
  • Palang pemegang ‘slammed’ untuk posisi tunggang yang lebih sporty dan tolok baru.
  • Fork kartrij terbalik baru.
  • Dua cakera brek terapung hadapan.

Dan seperti yang anda lihat, model-model Harley-Davidson terbaru ini bukan sahaja kelihatan amat mengiurkan, tetapi, Harley telah mengambil langkah bagi memastikannya setaraf dengan motosikal semasa. Jadi, kunjungilah Harley-Davidson Petaling Jaya untuk melihat sendiri motosikal-motosikal hebat ini. Anda juga boleh melayari laman Facebook rasmi mereka atau laman sesawang rasmi mereka.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.