Generasi ketiga Isuzu D-Max bingkas menarik minat pengguna di Malaysia sejak dilancarkan April tahun lalu. Gabungan rekaan moden dan keselesaan terbaik telah mengangkat tahap trak pikap generasi terbaru dari Isuzu itu. Model ‘flagship’ Isuzu D-Max X-Terrain 3.0L paling menonjol yang turut sekaligus meningkatkan daya tarikan jenama trak pikap Isuzu di Malaysia. Meskipun model D-Max turut…
Category: Moto Malaya
Before was: Name-Uncategorized Slug-uncategorized
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memanggil sekumpulan pemilik kereta Honda selepas didapati berkumpul di lorong kecemasan di Lebuhraya Temiang-Pantai menerusi perkongsian yang tular di laman sosial. Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman, selepas pihaknya mengesan perkongsian di media sosial yang menunjukkan sebuah kelab kereta berhimpun di lorong kecemasan di lebuh…
Ketua Pegawai Eksekutif Dorna Sports, Carmelo Ezpeleta, menegaskan bahawa Kejuaraan Dunia MotoGP akan dikurangkan kepada 19 perlumbaan sekiranya terdapat lokasi perlumbaan yang mewajibkan kuarantin. Bagi Ezpeleta, Dorna lebih sanggup mengurangkan pusingan perlumbaan dari 21 ke 19 daripada menjalani kuarantin di negara yang menguatkuasakan perkara itu susulan varian Omicron. “Jika kami dimaklumkan bahawa perlu menjalani kuarantin…
Tidak dinafikan, Jalan Pintas Temiang Ke Pantai, Jalan Jelebu bingkas mencuri perhatian pengguna jalan raya terutamanya kaki motosikal dan kereta. Laluan yang kebanyakkan masanya lengang, mula dikerumuni terutamanya di hujung minggu bagi yang mahu bergambar dengan kenderaan masing-masing untuk dimuat naik ke Instagram dan Facebook. Bagaimanapun, insiden terbaru mengundang kecaman netizen apabila sekumpulan pemilik kereta…
Kementerian Wilayah Persekutuan sedang mengkaji terlebih dahulu cadangan had kelajuan 30km/j di Kuala Lumpur yang dikemukakan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS). Perkara itu disahkan Menteri Wilayahn Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim. “Saya sedar perkara ini sedang berlaku di bandar raya esar di seluruh dunia. Perkara ini akan diumumkan kemudian,” jelasnya. Pada masa sama,…
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah mengaktifkan semula lorong SmartTAG yang sebelum ini ditutup susulan pelaksanaan sistem Identifikasi Frekuensi Radio (RFID). Bagaimanapun, pelaksanaan tersebut berdepan pelbagai kecaman apabila lorong RFID sering kali berdepan kesulitan. PLUS dalam satu kenyatan menjelaskan tindakan mengembalikan lorong SmartTAG adalah langkah mengatasi isu dan rungutan dibangkitkan pelanggan SmartTAG. Oleh itu, PLUS telah…
Jenama motosikal terkemuka, Royal Enfield telah pun melantik Didi Automotive Sdn Bhd selaku pengedar rasmi jenama itu di Malaysia. Pengumuman itu juga menyaksikan Didi Automotive menggantikan SNH Bhumi Corporation Sdn Bhd selaku pengedar sebelum ini, berkuatkuasa serta merta. Pelantikan Didi Automotive juga disambut baik Ketua Perniagaan Royal Enfield pasaran APAC, Vimal Sumbly. “Malaysia merupakan pasaran…
Tinggal lagi dua minggu sebelum ujian pra-musim rasmi MotoGP membuka tirai di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sekaligus menandakan permulaan kepada musim 2022. Beberapa minggu lalu, Marc Marquez dicanang tidak akan bertandang ke SIC susulan masih dalam proses pemulihan selepas mengalami diplopia (double vision) ekoran terlibat kemalangan sewaktu latihan hujung musim lalu. Pelumba Repsol Honda itu…
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berjaya kutip lebih RM204 juta hasil daripada bidaan nombor pendaftaran kenderaan sepanjang tahun lalu. Perkara itu diumumkan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim yang turut memaklumkan kutipan tersebut babitkan 117 siri nombor pendaftaran negeri di 15 stesen JPJ seluruh negara. “Bagi setiap siri nombor pendaftaran itu, kami berjaya mengutip hasil sebanyak…