Bangsa H Berkumpul Di Jalan Pintas Temiang Undang Kecaman

Tidak dinafikan, Jalan Pintas Temiang Ke Pantai, Jalan Jelebu bingkas mencuri perhatian pengguna jalan raya terutamanya kaki motosikal dan kereta.

Laluan yang kebanyakkan masanya lengang, mula dikerumuni terutamanya di hujung minggu bagi yang mahu bergambar dengan kenderaan masing-masing untuk dimuat naik ke Instagram dan Facebook.

Bagaimanapun, insiden terbaru mengundang kecaman netizen apabila sekumpulan pemilik kereta jenama Honda telah menjadikan laluan tersebut sebagai tempat ‘gathering’ dengan masing-masing meletakkan kenderaan di laluan kecemasan untuk tujuan melepak.

Video yang dimuat naik ke laman Tiktok milik akaun @shahirr2 itu jelas memaparkan sekumpulan pemilik kereta Honda memenuhi sepanjang lorong kecemasan di laluan tersebut.

Ruangan komen video tersebut turut mengundang pelbagai kecaman dari netizen.

Kejadian sama juga pernah berlaku di Lebuh Raya Bukit Kukus yang merupakan jalan raya tertinggi di Malaysia namun tindakan segelintir pemandu yang meletakkan kenderaan di bahu jalan telah dihalau pihak berkuasa tempatan (PBT).

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]