Didi Automotive Pengedar Baharu Royal Enfield Di Malaysia

Jenama motosikal terkemuka, Royal Enfield telah pun melantik Didi Automotive Sdn Bhd selaku pengedar rasmi jenama itu di Malaysia.

Pengumuman itu juga menyaksikan Didi Automotive menggantikan SNH Bhumi Corporation Sdn Bhd selaku pengedar sebelum ini, berkuatkuasa serta merta.

Pelantikan Didi Automotive juga disambut baik Ketua Perniagaan Royal Enfield pasaran APAC, Vimal Sumbly.

“Malaysia merupakan pasaran penting buat Royal Enfield dan kami percaya motosikal kami sangat ideal bagi penunggang menikmati keindahan di Malaysia.

“Untuk itu, kami berbesar hati dapat menjalinkan kerjasama dengan Didi Automotive bagi pasaran strategik ini. Kami yakin dengan tahap kecemerlangan mereka, akan membantu memperkembangkan produk kami,” jelasnya.

Pada masa sama, Pengerusi Didi Group, Rewi Hamid Bugo, mahu Royal Enfield menapak di setiap negeri di Malaysia.

“Objektif kami adalah memastikan kehadiran jenama Royal Enfield di setiap negeri di samping menawarkan pengalaman pemilikan terbaik dari segi jualan dan servis selepas jualan,” ujarnya.

Menurut Royal Enfield dalam satu kenyataan, pasaran Malaysia ketika ini disajikan dengan pelbagai model menarik antaranya, Meteor 350, Interceptor 650, Continental GT 650, Himalayan serta Bullet 350 dan Classic 350.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]