Yamaha Dan Toyota Bangunkan Enjin Hidrogen V8 5.0L Bersama

Selepas beberapa tahun syarikat automotif dunia mendedahkan enjin hidrogen sebagai pilihan yang lebih bersih untuk masa depan, akhirnya terdapat perkembangan yang kukuh mengenai platform terbaru itu. Pengeluar motosikal Jepun, Yamaha akan berganding bahu dengan pengeluar kereta, Toyota, dalam membangunkan enjin hidrogen V8 5.0L. Pengesahan itu dibuat pihak Yamaha dalam satu kenyataan rasmi yang dikongsikan minggu…

KTM 390 Enduro Dikesan Jalani Ujian, Lancar 2023?

KTM 390 Adventure merupakan antara motosikal bawah 500cc yang cukup popular masa kini. Manakan tidak, motosikal segmen ADV itu bukan sahaja tampil dengan harga mampu milik malah dilengkapi ciri yang premium setaraf dengan motosikal berkuasa tinggi. Motosikal tersebut turut popular di Malaysia sejak diperkenalkan pada hujung tahun 2020 dengan harga RM30,800. Bagaimanapun, KTM dijangka akan…

Triumph Speed Triple 1200 RR 2022 Tiba Di Malaysia – RM119,900

Sejak dilancarkan secara global pada September tahun lalu, Triumph Speed Triple 1200 RR sememangnya mencuri perhatian dengan rekaan dan gaya yang serba unik. Menariknya, kurang enam bulan selepas diperkenalkan, motosikal dengan gaya ‘supersport’  itu telah pun mendarat di Malaysia menerusi Fast Bike Sdn Bdh. Menurut pihak Fast Bike dalam satu kenyataan hari ini, Triumph Speed…

Harga Triumph Tiger Sport 660 Diumumkan – RM49,900

Pengedar rasmi jenama Triumph Motorcycles di Malaysia, Fast Bike telah pun mengumumkan harga rasmi Tiger Sport 660, RM49,900. Harga rasmi tersebut sekaligus menyaksikan pihak Triumph Motorcycles Malaysia menunaikan janji memastikan model tersebut ditawarkan harga bawah RM50 ribu dan hanya lebih RM6 ribu berbanding model Trident 660. Tiger Sport 660 dijangka bakal menarik ramai peminat sepertimana…

Suzuki Malaysia Sahkan GSX-R150 2022 Hampiri Pelancaran

Setelah beberapa bulan menyepi, akhirnya Suzuki Malaysia mendedahkan bahawa model 150cc, GSX-R150 akan dilancarkan tidak lama lagi. Perkara itu disahkan menerusi perkongsian terbaru di laman Facebok Suzuki Malaysia yang mendedahkan GSX-R150 bakal tiba dalam masa terdekat. Menurut perkongsian itu, Suzuki juga membuka peluang kepada orang ramai untuk mendaftar minat mereka terhadap model terbaru itu. Suzuki…

RASMI: Adam Norrodin Gandingan Baharu Azlan Shah Di TKKR Racing Team

Bekas pelumba Moto2, Moto3 dan Kejuaraan Eropah CEV negara, Adam Norrodin, akan beraksi di Asia Road Racing Championship (ARRC) 2022 bersama-sama TKKR Racing Team. Adam akan mewakili pasukan OneXOX BMW TKKR Racing Team dalam kategori Asian Superbike 1000 (ASB1000) bersama-sama rakan sepasukan dan juara bertahan, Azlan Shah Kamaruzaman. Pengumuman tersebut dibuat Prinsipal Pasukan TKKR Racing…

Tanah Tergadai, Duit Tak Dapat Antara Keluhan ‘Pemilik Asal’ Litar Mandalika

Baru-baru ini, MotoGP mengadakan ujian pra-musim kedua di Litar Mandalika, Indonesia. Litar Mandalika merupakan litar terbaru yang dibangunkan negara itu dan bakal sertai kalendar MotoGP bagi musim 2022. Meskipun MotoGP sendiri menyifatkan Litar Mandalika antara yang tercantik pernah dibina namun terdapat beberapa ‘cerita’  di luar pagar litar itu yang mencuri tumpuan. Salah seorang jurugambar profesional…

Sempadan Thailand-Malaysia Buka Mac Ini

Kerajaan Thailand rancang untuk buka semula sempadan negara itu dengan Malaysia bulan depan sebagai langkah merangsang semula sektor pelancongan dan ekonomi. Perkara itu disahkan jurucakap kerajaan Thailand, Rachada Dhnadirek yang memaklumkan bahawa Perdana Menteri Thailand, Prayt Chan-o-cha telah pun mengarahkan Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) menggariskan langkah mitigasi pandemik untuk menubuhkan semula pusat pemeriksaan sempadan…

Harga Honda City Hatchback RS e:HEV Diumumkan – RM107,783

Honda Malaysia dengan rasminya mengumumkan harga bagi City Hatchback varian RS e:HEV untuk pasaran Malaysia. Selepas pelancaran rasmi pada Disember tahun lalu, Honda Malaysia telah terima lebih 5,200 tempahan dan susulan daripada penerimaan baik itu, harga rasmi bagi varian RS akhirnya diumumkan, RM107,783. Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Operasi Honda Malaysia, Madoka Chujo, Honda…