Sempadan Thailand-Malaysia Buka Mac Ini

Advertisements

Kerajaan Thailand rancang untuk buka semula sempadan negara itu dengan Malaysia bulan depan sebagai langkah merangsang semula sektor pelancongan dan ekonomi.

Perkara itu disahkan jurucakap kerajaan Thailand, Rachada Dhnadirek yang memaklumkan bahawa Perdana Menteri Thailand, Prayt Chan-o-cha telah pun mengarahkan Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) menggariskan langkah mitigasi pandemik untuk menubuhkan semula pusat pemeriksaan sempadan di Songkhla, Yala, Narathiwat dan Satun.

Difahamkan, pelancong dari Malaysia akan dibenarkan memasuki sempadan Thailand menerusi program ‘Test and Go’ yang membolehkan rakyat negara ini masuk tanpa kuarantin ke Thailand.

“Perdana menteri yakin Thailand akan kekal sebagai antara destinasi pelancongan utama dunia walaupun berdepan pandemik.

“Kerajaan akan menyokong usaha untuk menggiatkan semula pelancongan dengan penekanan pada kesihatan dan keselamatan awam,” kata Rachada. – FMT

Advertisements