Artikel oleh: Wahid Ooi Abdullah Di sini kami sediakan satu panduan ringkas mengenai simbol tayar motosikal. Adalah penting bagi kita untuk mengetahui makna tanda-tanda ini. Tayar bukan sahaja memberi kesan kepada pengendalian motosikal anda tetapi juga kepada keselamatan anda.
Category: Moto Malaya
Before was: Name-Uncategorized Slug-uncategorized
Seorang penunggang motosikal berbangsa India telah ditimpa musibah berganda dalam satu kemalangan jalan raya. Ajaibnya, dia terselamat dari sebarang kecederaan yang serius dalam kemalangan tersebut. Kemalangan berkenaan menunjukkan betapa pentingnya pemakaian helmet pada setiap masa.
Artikel asal oleh Wahid Ooi Abdullah untuk laman Bikesrepublic.com Sebahagian daripada laluan motosikal yang ada di Lebuhraya Persekutuan kini telah dibuka. Kami mengambil peluang ini untuk memeriksa laluan dari PPUM ke Midvalley. Ternyata ianya masih lagi merbahaya dan bagai melepaskan batuk di tangga.
Seorang pegawai polis trafik Delhi telah mengambil pendekatan yang unik dengan memegang cermin di hadapan pesalah trafik. Langkah ini diambil bagi menggalakkan pesalah untuk memakai helmet sewaktu menunggang motosikal. Menurut pegawai berkenaan, langkah ini berkesan setakat ini.
Kami telah berpeluang untuk duduk bersembang dengan Gabriel Conti, Jurutera Telemetri Pasukan Ducati MotoGP bagi mengetahui dengan lebih lanjut tentang bagaimana pasukan Ducati MotoGP menggunakan maklumat dan data yang ada. Kami dapati bahawa perlumbaan ini bukan sekadar memulas pendikit sesuka hati. Data yang dikumpulkan akan digunakan untuk penyediaan motosikal dan merancang strategi perlumbaan. Kami telah…
Seorang lelaki warga Indonesia telah menyeksa dan mengheret seekor kucing di belakang motosikal yang ditunggangnya. Seorang pemilik kucing telah berjaya merakamkan video aksi tersebut. Polis kemudiannya telah berjaya menangkap lelaki terbabit dan dia telah memberitahu bahawa dia terdengar suara yang menyuruhnya membunuh kucing berkenaan.
Sejumlah 850 saman trafik telah dikeluarkan oleh Polis dan JPJ ke atas penunggang motosikal di dua buah lokasi berbeza semalam. Kesalahan ini termasuklah tidak menggunakan laluan motosikal, menunggang tanpa lesen, cukai jalan yang tamat tempoh, dan bermacam-macam lagi. Jumlah saman yang dikeluarkan begitu banyak sekali.
Pada setiap tahun, kelas Moto3, Moto2, dan MotoGP akan mengadakan ujian pra musim. Antara ujian-ujian pra musim ini, perhatian yang lebih teliti telah diberikan kepada kelas MotoGP. Ianya teramatlah penting pada masa ini oleh kerana adanya had terhadap pengujian dan pembangunan sewaktu musim sedang berjalan.
State Railway of Thailand (SRT) akan menghentikan pengangkutan motosikal melebihi 125cc. Penguatkuasaan ini bermula pada 1 Februari 2019. Ada di kalangan penunggang dari Malaysia yang menghantar motosikal mereka ke Chiang Mai sebelum menunggang ke Mae Hong Son.