Seorang Lelaki Mengheret Seekor Kucing Di Belakang Motosikalnya, Dakwa Dia Dengar Suara Yang Menyuruhnya

Sumber imej: Detik News

 

  • Seorang lelaki warga Indonesia telah menyeksa dan mengheret seekor kucing di belakang motosikal yang ditunggangnya.
  • Seorang pemilik kucing telah berjaya merakamkan video aksi tersebut.
  • Polis kemudiannya telah berjaya menangkap lelaki terbabit dan dia telah memberitahu bahawa dia terdengar suara yang menyuruhnya membunuh kucing berkenaan.

Seorang lelaki warga Indonesia telah ditangkap kerana mengheret seekor kucing di belakang motosikal yang ditungganginya. Dia mendakwa bahawa telah terdengar ‘suara dalam kepalanya’ yang menyuruhnya menyeksa kucing berkenaan kerana ianya makhluk jahat.

Diefie Hafiez Maufalia yang sedang mencari kucingnya yang berwarna jingga, Mio, telah terserempak dengan perbuatan kejam yang melibatkan kucing yang kelihatan mirip seperti kucingnya yang hilang itu. Dia berasa amat berang melihatkan perbuatan berkenaan namun tidak dapat menghalang lelaki tersebut kerana takut diapa-apakan oleh lelaki tersebut. Jadi dia mengeluarkan telefonnya dan merakam video lelaki berkenaan mengheret kucing tersebut di belakang motosikalnya.

“Pembonceng motosikal tersebut yang mengheret kucing tersebut, namun saya tidak pasti sama ada kucing itu masih bernyawa atau pun tidak pada ketika itu,” ujar Diefie kepada sebuah media Indonesia, Detik News.

Cik Diefie – Sumber imej: Detik News

Video yang berdurasi 15 saat itu telah menjadi tular dan pihak polis telah memburu pelakunya berdasarkan nombor pendaftaran motosikal berkenaan.

Mereka mendedahkan penemuan yang lebih membimbangkan selepas menyoal siasat lelaki berkenaan.

Lelaki tersebut telah memukul kucing berkenaan sehingga ia berhenti bergerak sebelum mengikat tali pada lehernya dan mengheretnya di belakang motosikal rakan subahatnya. Dia juga mendakwa yang dia terdengar suara yang menyuruhnya melakukan perbuatan yang tidak berperikemanusiaan ini.

Polis telah menghantarnya ke hospital bagi memeriksa kesihatan mentalnya setelah dia kerap kali menukar ceritanya sewaktu soal siasat.

Diefie menyatakan bahawa Mio masih belum pulang lagi.

Sumber imej: Detik News

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]