Cantik adalah subjektif, apa yang cantik di mana anda mungkin tidak bagi orang lain. Senario sama juga boleh diterapkan dalam dunia motosikal apabila ada di antara kita yang berpendapat sesetengah motosikal itu cantik sementara ada yang berpendapat sebaliknya. Bagaimanapun, komuniti pencinta dua roda bersetuju wujud beberapa jentera yang sememangnya tidak menampakkan ciri-ciri sedap mata memandang….
Category: Moto Malaya
Before was: Name-Uncategorized Slug-uncategorized
Shell Eco-marathon Asia 2019 edisi ke-10 membuka tirai semalam di Litar Antarabangsa Sepang dengan majlis dirasmikan oleh Timbalan Setiausaha Agung, Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim, Dr Nagulendran Kangayatkarasu. Memasuki tahun ke-10 penganjuran, Shell Eco-marathon edisi Asia kini kembali ke medan di mana semuanya bermula dengan lebih daripada 100 penglibatan pelajar dari…
Cabaran Toyota Vios Musim 2 telah sampai ke penghujungnya dengan tiga juara baharu telah pun dinobat setelah mengungguli kategori Super Sporting, Sporting dan Promotional bagi pelumba profesional, amatur dan selebriti di Litar Antarabangsa Sepang, semalam. Boy Wong Yew Choong muncul juara keseluruhan bagi kategori Super Sporting sementara tempat kedua jadi milik William Ho daripada…
Mercedes mencatat sejarah baharu dalam sukan permotoran Formula 1 apabia merekodkan kemenangan satu dua buat kali keempat berturut-turut musim ini selepas Valtteri Bottas menjuarai perlumbaan diikuti rakan sepasukan Lewis Hamilton kedua di GP Azerbaijan, malam tadi. Kemenangan itu turut menyaksikan Bottas kini mendahului kedudukan kejuaraan dengan perbezaan satu mata di atas Hamilton. Tempat ketiga menjadi…
Kawasaki telah meningkatkan pegangan dalam Modenas sebanyak 30 peratus – dan mampu naik sehingga 48 peratus – sekaligus mencetuskan persoalan sama ada jenama motosikal nasional itu akan menghasilkan jentera baharu dengan sentuhan pengeluar Jepun? DRB-HICOM Berhad telah memeterai perjanjian dengan Kawasaki Heavy Industries Ltd (KHI) untuk menjual saham biasa 14,300,000 dalam Motosikal dan Enjin Nasional…
BMW Motorrad baru sahaja melacarkan dua skuter berkonsepkan tunggangan urban baharu, BMW C400 X dan BMW C400 GT dengan harga ditawarkan bermula di sekitar RM44 ribu. Sekilas pandang, kedua-dua jentera ini menerapkan tema yang sama; gaya moden dengan reka bentuk terkini dan praktikal, ciri yang sama diterapkan dalam jenama skuter lain seperti Yamaha XMax, Suzuki…
Ferrari terus memperkasakan servis selepas jualan kepada pelanggan setianya dengan memperkenalkan program Premium Ferrari yang melibatkan servis penyelenggaraan bagi 13 model yang dihasilkan sebelum ini. Berikut 13 model yang disenaraikan: 456 GT / GTA 456 M GT / GTA 550 Maranello 550 Barchetta 360 Modena (all versions) 575 Maranello 575 Superamerica 612 Scaglietti (all versions)…
Ducati Malaysia bersama Next Bike – pengedar tunggal jentera Ducati di Malaysia – bakal menawarkan beberapa tawaran ekslusif bagi jentera dan aksesori Ducati esok, di Naza Automall sempena kempen Red Weekend 2019. Dengan penjimatan sehingga RM40,000 peminat boleh menjangkakan tawaran terbaik bagi beberapa model terpilih antaranya Ducati Panigale V4S, Monster 821 dan Scrambler. Bukan itu…
BMW Motorrad mempersembahkan empat model baharu yang bakal menggegar arena pemotoran dua roda di Malaysia dalam satu majlis pelancaran yang berlangsung di TPC Kuala Lumpur, hari ini. Model yang diperkenalkan hari ini melibatkan dua skuter terbaru, BMW C 400X dan C 400GT, jentera ‘enduro’ F 750GS dan BMW R 1250 RT sebuah jentera pengembara dinamik….