BMW Motorrad Bakal Dominasi Pasaran Skuter Malaysia?

BMW Motorrad mempersembahkan empat model baharu yang bakal menggegar arena pemotoran dua roda di Malaysia dalam satu majlis pelancaran yang berlangsung di TPC Kuala Lumpur,  hari ini.

Model yang diperkenalkan hari ini melibatkan dua skuter terbaru,  BMW C 400X dan C 400GT, jentera ‘enduro’ F 750GS dan BMW R 1250 RT sebuah jentera pengembara dinamik.

Sementara itu,  Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Harald Hoelzl melihat BMW Motorrad sebagai platform membuktikan kebolehupayaan pengeluar jentera Jerman itu dalam arena dua roda.

“Kami telah mendemonstrasikan kepakaran kami dalam aspek kebolehpercayaan, inovasi alaf baharu, kejuruteraan yang cemerlang, reka bentuk penular trend serta kaedah pembuatan yang bertanggungjawab dengan portfolio motosikal premium kami daripada BMW Motorrad – yang kesemuanya telah memperkukuhkan kedudukan kami sebagai peneraju dalam segmen motosikal premium di peringkat global juga Malaysia,” katanya.

Membuat penampilan sulung di Malaysia, BMW F 750 GS dan BMW R 1250 RT  didatangkan dengan enjin berteknologi tinggi yang telah disempurnakan untuk mencapai tahap kuasa dan tork yang efisien bagi mencapai pengalaman tunggangan yang luar biasa.

Bagaimana,  tumpuan terarah kepada model skuter, BMW C 400 X dan BMW C 400 GT yang dilengkapi dengan enjin  baharu bagi mengatasi kesesakan jalan raya di Malaysia terutamanya di sekitat Lembah Klang.

Harga bagi kedua-dua skuter adalah sekitar RM44 ribu sementara BMW R 1250 RT adalah RM139 ribu manakala F 750GS sekitar RM7o ribu.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.