Shell Eco-marathon 2019: Misi Mencari Kenderaan Paling Jimat Tenaga Bermula

Shell Eco-marathon Asia 2019 edisi ke-10 membuka tirai semalam di Litar Antarabangsa Sepang dengan majlis dirasmikan oleh Timbalan Setiausaha Agung, Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim, Dr Nagulendran Kangayatkarasu.

Memasuki tahun ke-10 penganjuran, Shell Eco-marathon edisi Asia kini kembali ke medan di mana semuanya bermula dengan lebih daripada 100 penglibatan pelajar dari 18 negara bagi menguji kereta mana yang mampu pergi jauh menggunakan tenaga yang paling minimum.

Selain daripada menjadi pertandingan untuk pelajar universiti paling lama di dunia, Shell Eco-marathon merupakan program global yang mencabar minda pelajar untuk mereka dan menghasilkan kereta jimat tenaga.

Pengerusi Shell, Dautk Iain Lo berkata acara pembukaan hari ini bukan sahaja menandakan permulaan bahkan sebagai satu langkah pertama dalam pengembaraan baharu.

“Tahun ini, Shell Eco-marathon kembali ke Malaysia bagi menyambut 10 tahun usaha para pelajar dari unversiti seluruh Asia. Setiap tahun kami melihat peningkatan dalam penglibatan pelajar dalam menghasilkan inovasi baharu.

“Saya mahu berterima kasih kepada MESTEC atas sokongan yang diberikan selama ini dan kami teruja untuk menerima pelbagai bantuan platform yang akan menyuntik semangat terhadap golongan belia untuk mencari tenaga mampan,”jelasnya.

Seramai 56 pelajar akan bertanding dalam kategori UrbanConcept – kereta yang menyamai kenderaan sedia ada – sementara 53 lagi beraksi bagi kategori Prototype.

Bagaimanapun, setiap kenderaan perlu menjalani sesi pemeriksaan ketat sebelum mereka dibenarkan untuk memasuki litar lantas menguji berapa jauh yang mampu kenderaan mereka capai.

Pertandingan akan berlangsung sehingga 2 Mei ini di mana pasukan terbaik akan ke London bagi menyertai Kejohanan Pemandu Dunia, Julai ini.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply