Saya Mampu Cabar Kelompok Depan – Hafizh Syahrin

Pelumba negara, Hafizh Syahrin mempamerkan tunggangan mantap untuk menamatkan aksi Moto2 di kedudukan ke-6 di GP Sepanyol, semalam. Pelumba Aspar Team itu berjaya mengutip 10 mata meskipun pada awalnya memulakan perlumbaan di kedudukan ke-15. “Saya gembira dengan keputusan perlumbaan ini, dari kedudukan ke-15 dan naik ke tempat ke-6 merupakan kebangkitan yang baik. “Saya rasa mampu…

WADA Mahukan Penggantungan Empat Tahun Terhadap Iannone

Agensi Anti-Doping Dunia (WADA) mahu penggantungan empat tahun dikenakan terhadap Andrea Iannone. Iannone dikenakan penggantungan 18 bulan oleh FIM setelah didapati gagal ujian doping yang dijalankan terhadapnya secara rawak ketika di GP Malaysia, tahun lalu. Bagaimanapun, dia berpeluang mengurangkan tempoh penggantungan menerusi Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS). Meskipun begitu, dia kini berdepan laluan berliku tatkala…

Perbincangan Rossi-Petronas SRT Positif

Pengendali Petronas SRT, Dato Razlan Razali mendedahkan perbincangan bersama juara dunia 9 kali, Valentino Rossi, tampak positif. Rossi dicanang bakal sertai Petronas SRT bagi musim 2021 setelah tempatnya di pasukan Factory Yamaha diambil alih Fabio Quartararo musim depan. Menurut Berita Harian, senario antara Rossi dan Petronas SRT akan diketahui sebelum perlumbaan musim ini kembali membuka…

Aprilia Dan KTM Dalam Perancangan Petrucci Bagi Musim 2021

Pelumba Ducati, Danilo Petrucci, mendedahkan perancangan utamanya adalah untuk kekal dalam MotoGP dengan menjadikan Aprilia dan KTM sebagai destinasi berikutnya bagi musim 2021. Selepas kehilangan tempatnya bersama pasukan Borgo Panigale bagi musim 2021 kepada Jack Miller, Plan A Petrucci adalah untuk terus kekal dalam MotoGP meskipun terdapat khabar angin dia akan dipancing pasukan WorldSBK. Bagaimanapun,…

Petrucci Sah Tinggalkan Ducati Hujung Musim Ini

  Danilo Petrucci mendedahkan dia tidak akan bersama Ducati bagi musim 2021 namun mengakui mahu terus kekal di kelas premier itu. Ini merupakan kali pertama Petrucci membuat pendedahan umum mengenai masa depannya bersama Ducati. Pengunduran daripada pasukan itu sudah pun dijangka tatkala pasukan berpangkalan di Borgo Panigale itu telah pun mengumumkan Jack Miller sebagai pelumba…

Dorna Mengesahkan GP Jepun Turut Dibatalkan

GP Jepun yang sepatutnya berlangsung pada 18 Oktober ini muncul venue keenam MotoGP yang turut dibatalkan susulan pandemik Covid-19. Mengikut perancangan awal, Litar Motegi sepatutnya menjadi tuan rumah MotoGP diantara Thailand dan Malaysia. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Dorna, Carmelo Ezpeleta mengesahkan perkara itu. Dia turut mendedahkan bahawa segala venue yang membabitkan penerbangan akan dibatalkan sehinggalah…

Jack Miller Sah Sertai Ducati Musim 2021

Ducati Corse mengumumkan Jack Miller sebagai pelumba pasukan MotoGP Ducati bagi musim 2021. Ducati dan Miller telah pun mencapai persetujuan tersebut dengan opsyen untuk melanjutkan kontrak sehingga 2022. Miller meluahkan rasa bangga atas peluang yang diberikan. “Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada Paolo Campinoti, Francesco Guidottti dan seluruh pasukan Pramac Racing atas sokongan yang diberikan…

Petronas SRT Tak Rancang Rombak Pasukan Untuk Rossi – Razlan Razali

Pengendali Petronas Sepang Racing Team (SRT), Datuk Razlan Razali, mendedahkan pihaknya ketika ini dalam perbincangan tentang masa depan Valentino Rossi. Namun begitu, Razlan memberitahu motogp.com perbincangan ketika ini hanya membabitkan pihak Yamaha dan penaja utama, Petronas. “Kami berbincang dengan Yamaha tentang prospek penyertaan Valentino Rossi terutamanya membabitkan kos dan jentera. “Kami turut berbincang bersama Petronas…