WADA Mahukan Penggantungan Empat Tahun Terhadap Iannone

Advertisements

Agensi Anti-Doping Dunia (WADA) mahu penggantungan empat tahun dikenakan terhadap Andrea Iannone.

Iannone dikenakan penggantungan 18 bulan oleh FIM setelah didapati gagal ujian doping yang dijalankan terhadapnya secara rawak ketika di GP Malaysia, tahun lalu.

Bagaimanapun, dia berpeluang mengurangkan tempoh penggantungan menerusi Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

Meskipun begitu, dia kini berdepan laluan berliku tatkala WADA mahukan tindakan penggantungan maksimum – empat tahun – dikenakan terhadap pelumba Aprilia itu.

Perkara itu disahkan sendiri Presiden FIM, Jorge Viegas.

“WADA berasakan penggantungan – 18 bulan – itu tidak memadai,” jelasnya.

Senario ini sekaligus bakal memberi kesan besar terhadap karier Iannone yang mungkin perlu mengumumkan persaraan sekiranya keputusan CAS berpihak kepada WADA.

CAS dalam satu kenyataan turut menjelaskan bahawa mereka telah menerima rayuan daripada Iannone dan WADA berkenaan dengan keputusan diambil oleh FIM bertarikh 31 Mac 2020 dengan mengenakan penggantungan 18 bulan.

“Iannone mahu mencabar keputusan FIM sementara WADA mahukan penggantungan empat tahun terhadap pelumba itu.”

Iannone yang sebelum ini perlu menjalani penggantungan sehingga 16 Jun 2021, kini berdepan masa depan yang tidak menentu setelah ujian doping mendapati dia positif drostanolone, sejenis sterod dalam ujian sampel A dan B.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.