Petrucci Sah Tinggalkan Ducati Hujung Musim Ini

Advertisements

 

Danilo Petrucci mendedahkan dia tidak akan bersama Ducati bagi musim 2021 namun mengakui mahu terus kekal di kelas premier itu.

Ini merupakan kali pertama Petrucci membuat pendedahan umum mengenai masa depannya bersama Ducati.

Pengunduran daripada pasukan itu sudah pun dijangka tatkala pasukan berpangkalan di Borgo Panigale itu telah pun mengumumkan Jack Miller sebagai pelumba Ducati bermula 2021.

Sementara rakan sepasukan, Andrea Dovizioso yang sepanjang tiga tahun ini bertindak selaku pelumba utama dijangka kekal sehingga musim depan.

Meskipun timbul desas-desus dia akan beraksi di Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK) namun Petrrucci berkata dia berniat untuk terus kekal di MotoGP.

Ketika ini, peluang terbaik Petrucci adalah berhijrah ke Aprilia Racing dengan Aleix Espargaro sendiri mendedahkan pelumba itu dikehendaki pasukannya menerusi temu bual bersama Radio Catalunya.

Sementara itu, Petrucci menyifatkan perlumbaan musim 2020 bakal menjadi medan untuk dirinya membuktikan kemampuan kepada pasukan lain. – Crash.net

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!