MotoGP: Selepas Qatar, Thailand Turut Batalkan Aksi Di Buriram

Kerajaan Thailand turut membuat keputusan membatalkan pusingan kedua MotoGP di Buriram susulan kebimbangan penularan wabak Covid-19. Keputusan itu disahkan sendiri Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan, Anutin Charnvirakul selepas sesi mesyuarat bersama badan penganjur, hari ini. “Langkah untuk membatalkan GP Thailand 2020 di Buriram perlu susulan penularan wabak Covid-19. Ini bagi membuktikan komitmen Thailand dalam…

MotoGP: Pusingan Pertama Di Litar Losail Dibatalkan!

  Pengumuman mengejut berlaku dalam arena MotoGP apabila aksi pertama di GP Qatar dibatalkan susulan kebimbangan Covid-19. Bagaimanapun, aksi Moto2 dan Moto3 akan berjalan seperti biasa tatkala telahpun berada di Qatar bagi ujian pra-musim sejak dua minggu lalu. Difahamkan,pembatalan MotoGP Qatar berpunca daripada kerajaan negara itu yang mengenakan sekatan selama dua minggu bagi setiap pengunjung…

MotoGP: Quartararo-Morbidelli Semakin Selesa, Sedia Rebut Kejuaraan Musim 2020

Ujian pra-musim di Litar Losail, Qatar yang telah pun berakhir Ahad lalu menyaksikan PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team (SRT) meneruskan aksi konsisten menjelang pembukaan tirai MotoGP, 8 Mac ini. Fabio Quartararo yang melakar masa terpantas dalam ketiga-tiga hari di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) meneruskan kecemerlangan bersama rakan sepasukan Franco Morbidelli. Ketika hari terakhir ujian, Morbidelli…

Kem Repsol Honda Gusar Dengan Prestasi RCV 2020

Ketika ujian pra-musim MotoGP membuka tirai di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) awal bulan ini, Repsol Honda gagal menempatkan diri dikalangan tiga terbaik bagi ketiga-tiga hari. Tatkala ramai pihak mendakwa Marc Marquez masih bergelut dengan kecederaan namun selepas sesi ujian di Litar Losail, Qatar, kem Repsol Honda mula gemuruh. Marquez sendiri mengakui dia tidak gusar dengan…

Iannone Dakwa Penyumbang Utama Kemajuan Aprilia RS-GP20, Espargaro Kecewa

Aleix Espargaro meluahkan rasa kecewa terhadap rakan sepasukan Aprilia MotoGP, Andrea Iannone, dan melabelkan pelumba itu sebagai ‘kurang ajar’ ketika ujian pra-musim di Litar Losail, Qatar. Iannone medakwa jentera serba baharu pasukan itu, RS-GP20 lahir dengan input dari dirinya. “Ini merupakan antara jentera yang paling cantik di MotoGP. Kami telah mengambil segala langkah penting untuk…

“Pedrosa, Lorenzo Mungkin Kembali Berlumba Pada 2021”

Demikian kenyataan dibuat Valentino Rossi yang percaya Dani Pedrosa dan Jorge Lorenzo bakal kembali berlumba pada musim 2021. Pedrosa ketika ini memikul tugas selaku pelumba uji KTM sementera Lorenzo kembali bersatu dengan Yamaha dengan tugas sama. Kedua-dua pelumba mempamerkan tunggangan mantap ketika sesi ujian pra-musim 2020 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), baru-baru ini. Lorenzo turut…

Rossi-Lorenzo Di Petronas SRT Pilihan Menarik – Razlan Razali

Pengurus pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT), Dato Razlan Razali, akui mengandingkan Valentino Rossi dan Jorge Lorenzo merupakan satu pilihan yang sangat menarik. Pada masa sama, dia juga tidak menolak kemungkinan bahawa gandingan kedua-dua pelumba veteran itu mungkin agak rumit. Petronas Yamaha SRT bakal kehilangan khidmat Fabio Quartararo tatkala dia telapun dilamar pasukan Factory…

Gara-Gara Coronavirus, Cal Crutchlow Dituduh Rasis

Pelumba LCR Honda, Cal Crutchlow, telah dilabel rasis oleh peminat dari China gara-gara menolak permintaan untuk bergambar. Insiden tersebut didakwa berlaku ketika ujian pra-musim di Litar Antarabangsa Sepang baru-baru ini. Difahamkan, sekumpulan peminat dari China meminta untuk bergambar namun pelawaan itu ditolak dengan Crutchlow memberitahu dia enggan dijangkiti virus tersebut. Senario itu kemudiannya dikongsikan disebuah…

ONEXOX TKKR SAG Team Sedia Hadapi Musim 2020

Pasukan ONEXOX TKKR SAG Team hari ini mengumumkan barisan pelumba rasmi bagi saingan Moto2, ARRC, Cub Prix dan Malaysia Superbike Championship bagi musim 2020. Menerusi perkongsian di Facebook pasukan itu, Kasma Daniel Kasmyuddin akan membuat penampilan sulung di Moto2 musim ini. Dia disahkan menjadi pelumba baharu pasukan itu pada 20 November lalu – menggantikan Tetsuta…