MotoGP: Pusingan Pertama Di Litar Losail Dibatalkan!

 

Pengumuman mengejut berlaku dalam arena MotoGP apabila aksi pertama di GP Qatar dibatalkan susulan kebimbangan Covid-19.

Bagaimanapun, aksi Moto2 dan Moto3 akan berjalan seperti biasa tatkala telahpun berada di Qatar bagi ujian pra-musim sejak dua minggu lalu.

Difahamkan,pembatalan MotoGP Qatar berpunca daripada kerajaan negara itu yang mengenakan sekatan selama dua minggu bagi setiap pengunjung yang baru-baru ini berkunjung ke Itali.

Qatar merekodkan kes pertama Covid-19 semalam.

“Susulan sekatan perjalanan yang dilaksanakan Qatar, kelas premier MotoGP tidak akan bermula di Losail.

“FIM, IRTA dan Dorna dengan dukacita mengumumkan pembatalan perlumbaan MotoGP di GP Qatar,” jelas FIM dalam satu kenyataan.

Tatkala kebimbangan coronavirus semakain meruncing, GP Thailand juga dijangka akan terkesan jadi tidak hairanlah jika MotoGP musim ini akan bermula lebih lewat dari dijadualkan.

Jangan lupa ikuti kami di YouTube dan Instagram!

VIDEO HARI INI

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.