Gara-Gara Coronavirus, Cal Crutchlow Dituduh Rasis

Cal Crutchlow

Pelumba LCR Honda, Cal Crutchlow, telah dilabel rasis oleh peminat dari China gara-gara menolak permintaan untuk bergambar.

Insiden tersebut didakwa berlaku ketika ujian pra-musim di Litar Antarabangsa Sepang baru-baru ini.

Difahamkan, sekumpulan peminat dari China meminta untuk bergambar namun pelawaan itu ditolak dengan Crutchlow memberitahu dia enggan dijangkiti virus tersebut.

Senario itu kemudiannya dikongsikan disebuah blog.

Blog sama turut menunjukkan bahawa pelumba lain, Marc Marquez, Alex Rins dan Fabio Quartararo memberi sokongan terhadap kumpulan peminat dari China itu.

Bagaimanapun, pengurus pasukan LCR Honda, Lucio Cecchinello, menyifatkan Crutchlow hanya bergurau dan bukan berniat untuk menghamburkan kenyataan berbaur rasis.

“Selepas insiden menimpa saya pada 2017 apabila terpaksa dikuarantinkan sehingga dua minggu  susulan H1N1, musim ini saya menggesa seluruh pasukan untuk mengutamakan keselamatan masing-masing.

“Antara polisi yang dikenakan adalah untuk tidak berjabat tangan,” jelasnya.

Difahamkan, ketika peminat dari China itu mahukan tandantangan Crutchlow, pelumba itu meminta pembantunya, Dakota Mamola, untuk menggunakan pen sendiri dan ketika itu dia membuat lawak tersebut.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]